berita

Lawa Tapi Berbahaya, Ini Sebab Wallpaper Tak Sesuai Ditampal Dalam Bilik Air

November 25th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila seorang Pereka dalaman rumah menegur tindakan seorang artis menampal mural di dinding bilik air. Tindakan tersebut boleh menimbulkan masalah kesihatan dalam jangka masa yang panjang.

Artikel Berkaitan : ‘Kalau Kamu Bukan Pakar, Jangan…’ – Isu Deko Rumah, Pereka Dalaman Tegur Hanis Zalikha

Terbaru, seorang lagi pereka dalam rumah menerangkan secara terperinci mengenai perkara ini. Menurutnya, unsur gam yang dilekatkan di dinding bilik air boleh menyebabkan pertumbuhan kulat yang boleh menyebabkan iritasi.

Kertas dinding bukan untuk tandas

Perkara ini turut mendapat perhatian pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang melarang agar orang ramai menampal sebarang kertas dinding di bilik air. Perkara ini boleh menyebabkan risiko pertumbuhan di dinding dan belakang kertas tersebut. Kesannya adalah penghuni akan alami batuk, selesema, tekak kering, mata berair dan gatal-gatal kulit.

Menurut pakar dalaman rumah ini, kertas dinding tersebut mengandungi bahan yang diberi nama Formaldehyde yang boleh memberi kesan kepada kesihatan.

Bilik mat salleh kering

Walaupun menampal pelekat atau sebarang kertas dinding ini menjadi ‘trend’, namun perkara ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kerana kelembapan di dalam bilik air. Di luar negara, bilik air mereka kebanyakannya kering dan tiada unsur lembap.

Perlukan ruang suhu bilik tanpa lembap

Untuk menghilangkan bateria ini, ruang sesuatu bilik haruslah mendapat udara yang cukup sehingga hilang bau dalam masa beberapa hari. Selain itu, digalakkan untuk membuka tingkap dan menjaga suhu bilik dengan kadar yang sesuai tanpa basah atau lembap.

Cat ada organik compound

Sama seperti cat bilik air yang seharusnya mengandungi gabungan bahan kimia seperti Voc ( Volatile Organic Compounds) yang boleh menghalang pembiakan bateria di dinding kawasan lembap seperti bilik air. Akhir sekali, pereka dalaman rumah ini menasihatkan orang ramai agar memahami perkara ini agar tidak mendatangkan masalah kesihatan di masa akan datang.

Sumber : Benfirdaus

 

SKIP THIS AD ×