berita

Layan Suamiku Lelaki Pendosa, Ini Respon Isteri Aaron Aziz – ‘Gedik Si Iz Another Level. Semoga Dean Ilyas Berubah, I Tunggu’

March 1st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Hotstar

Sejak drama Suamiku Lelaki Pendosa ditayangkan, pelbagai respon yang diberikan netizen selepas menonton drama tersebut. Ada di antara mereka bersetuju drama seperti ini ditayangkan bertujuan untuk memberi pendedahan dan sebagai pengajaran kepada rakyat Malaysia mengenai hubungan homoseksual dan ada juga yang mengktirik kononnya ia memberi pengaruh negatif kepada para penonton terutamanya kanak-kanak.

Artikel Berkaitan: Ustazah Gesa Boikot Drama Suamiku Lelaki Pendosa Kerana Isu ‘Gay’, Ini Respon Shahrulezad

‘Tak pernah handle gedik macam Iz’

Terbaru, isteri kepada pelakon utama, Aaroon Aziz iaitu Diyana Halik menerusi satu perkongsian di Instagram berseoloroh mengatakan Izfairin iaitu lakonan Gambit Saifullah berada di mana-mana sahaja dan sering ‘digandingkan’ dengan suaminya, Aaron Aziz.

Hal ini merujuk kepada penglibatan Aaron dan Gambit dalam beberapa program seperti Fear Factor, drama Isteri Tuan Ihsan dan terbaru drama Suamiku Lelaki Pendosa.

Rupanya dah lama rancang, kita yang lalai. Dari Fear Factor sampai la Tuan Ihsan dan sekarang Suamiku Lelaki pendosa! Rupanya si Izfarin ni Ada aje dalam hidup sis! Bukan calang calang competition I sekarang. I tak pernah handle gedik yang sampai macam si Iz!

Kalau gedik pompuan tu biasalah kita tengok pun dah tahu. Gedik si Iz ni wow another level. Semoga Dean Ilyas berubah, I tunggu k. Tapi takpe best woman wins! Eh confuse sis ni, ter feeling Cahaya.

‘Pintu taubat masih terbuka’

Dalam kesempatan itu, Diyana mengakui sangat suka dengan jalan cerita drama Suamiku Lelaki Pendosa kerana para pelakon terutamanya Aaron Aziz sebagai Dean Ilyas dan Gambit Saifullah sebagai Izfairin sangat menjiwai watak. Jelas Diyana lagi, meskipun dia tahu watak tersebut sangat sukar dan agak mencabar untuk dibawa tetapi mereka berdua berjaya melakonkannya dengan baik.

Bukan itu sahaja, Diyana mengakui terlalu banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh para penonton menerusi jalan cerita serta maksud tersirat dan tersurat yang disampaikan dalam drama ini.

Untuk pengetahuan semua, kandungan drama ni adalah untuk memberi pengajaran dan ya, memang banyak kes macam ni. Pintu taubat masih terbuka.

Sumber: Diyana Halik

SKIP THIS AD ×