Baru-baru ini hangat dibincangkan di media sosial mengenai satu drama terbaru iaitu Suamiku Lelaki Pendosa. Drama yang mengisahkan tentang percintaan kaum sejenis atau homoseksual ini telah mendapat pelbagai kritikan daripada orang ramai.
Gesa drama Suamiku Lelaki Pendosa diboikot
Foto: Ustazah Asmak Husin
Terbaru, seorang ustazah yang dikenali dengan nama Ustazah Asmak Husin berpendapat bahawa drama tersebut berunsur negatif dan tidak wajar ditayangkan serta dipertontonkan oleh rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, beliau mendakwa ianya juga secara tidak langsung memberi pengaruh yang tidak baik terhadap pemikiran anak-anak.
Saya menggesa cerita seperti ini diboikot kerana mempaparkan perlakuan gay yang sangat tidak sesuai untuk tontonan umum. Saya faham sekiranya pengarah drama ini mengatakan tujuannya adalah untuk memaparkan realiti sebenar kehidupan masyarakat di sekeliling kita atau memberi kesedaran tentang isu ini. tetapi masalahnya sekarang scene bercinta antara gay yang jadi tular dan dapat banyak sambutan. “defeat the purpose”.
Malah, beliau berpandangan semua pihak termasuk media dan influencer perlu bekerjasama dengan memberi kesedaran mengenai normalisasi LGBTQ kepada pengikut masing-masing di media sosial.
‘Shut down & shut up’
Foto: Shahrulezad Mohameddin
Namun berbeza pula dengan pendapat seorang pengarah terkenal iaitu Shahrulezad Mohameddin yang mendakwa ramai dalam kalangan rakyat Malaysia masih berfikiran jumud terhadap isu seperti ini. Malah apabila ada pihak cuba memberi pendedahan, pemahaman atau tujuan pendidikan mengenai isu LGBTQ, mereka pula dituduh dan dianggap jahat.
Jalan paling mudah bagi mereka ialah SHUT DOWN & SHUT UP! Lepas tu yang kelakar masih lagi tertanya tanya kenapa issue issue liwat dan homoseksual masih lagi berleluasa di asrama especially di tahfiz tahfiz. Tapi suruh belajar kasi faham kenapa fenomena ini berlaku tak nak. Terus shut down rapat rapat. Jangan sebut atau mention. Masuk neraka tingkat tujuh nanti.
Bukan itu sahaja, beliau turut berharap agar orang ramai bersikap lebih terbuka dalam memahami sesuatu masalah agar kita semua tahu punca dan cara mengawal masalah tersebut. Hal ini kerana golongan LGBTQ ini sebenarnya memang wujud dalam kalangan masyarakat.
Kadang-kadang abam tak faham kenapa masyarakat kita takut sangat nak berdepan dengan realiti hidup. Di kalangan orang orang alim masjid pun ada. Ustaz ustaz pondok tahfiz pun makin ramai. Apatah lagi dikalangan politician pemimpin bagai. This thing is real. Tanpa drama tu pun bukan bermakna budaya ni tak membarah. Tak semestinya apa yang kami paparkan di dalam media akan menjadi ikutan dan pengaruh buruk semata.
Terselit pengajaran yang boleh jadi iktibar
Foto: Suamiku Lelaki Pendosa
Dakwanya lagi, drama seperti ini bukan hanya drama semata-mata tetapi terdapat kandungan pengajaran serta pandangan yang boleh dijadikan iktibar buat para penonton. Tambah Shahrulezad, ada juga dalam kalangan anak-anak yang mengakses pelbagai kandungan negatif di platform media sosial lain tanpa pemantauan ibu bapa.
Ustazah tahu tak content berupa tu berlambak lambak boleh diakses dengan mudah oleh anak anak tanpa pantauan? Even dalam FB yang ustazah gunakan untuk mendesak boikot ni pun macam macam cerita klip video pasal LGBTQ tu bersepah sepah setazah. Tinggal nak search aje. Tu tak nak boikot sekali ker?
Shahrulezad berpendapat ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak terutamanya mengambil peluang ini untuk mengajar anak-anak bagaimana cara untuk menangani isu seperti ini.
Anyway boleh tak kita jangan terlalu insecure sangat dengan iman dan underestimate akal kita dalam berfikir. Lagipun dalam dunia ni Allah bukan ciptakan hanya untuk dihuni oleh golongan alim alim beriman saja.
Untuk apa Allah ciptakan semua perbezaan tu kalau bukan untuk kita saling berpesan pesan serta mengingati tegur menegur sesama kita. Supaya kita belajar sesuatu dari apa yg berlaku. Tapi nak belajar apanya kalau semua benda dijadikan bahan untuk tuduhan menormalisasikan satu budaya.