berita

Lebih 20 Tahun Berlari, Jatuh & Bangun, Konsert ‘Journey To The Future’ Selami Perjalanan Hidup Shila Amzah

March 9th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, penyanyi, Shila Amzah telah mengadakan konsert Journey To The Future pada malam Sabtu lalu di Plenary Hall, KLCC.

Menerusi konsert tersebut, Shila dilihat terbuka untuk bercerita tentang sejarah lagu-lagu ciptaannya. Ujar Shila, dia mahu penonton yang hadir menyelami perasaannya tatkala suka mahupun duka.

Kisah lama

Konsert yang berlangsung selama dua jam itu berjaya membuatkan penonton teringat momen pertama kali di saat mereka mengenali seorang figura yang bernama Nurshahila Amir Amzah.

Menyanyikan lebih kurang 28 buah lagu secara medley mahupun penuh, Shila berkata sebahagian daripada lagu-lagu tersebut pernah menjadi siulan ramai seperti Masih Aku Cinta, Beribu Sesalan, Memori Tercipta dan Patah Seribu.

Semasa konsert berlangsung juga, Shila memberitahu dia tidak boleh menutup sejarah kisah cinta lampaunya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad. Kata Shila, lagu ‘Masih Aku Cinta’ memang diciptakannya sebagai ucapan perpisahan kepada lelaki itu.

Namun begitu, kisah cinta itu sudah 10 tahun berlalu dan hatinya sudah pun terisi dengan kehadiran kekasih baharu. Jelas Shila, dia bersyukur namanya tidak lagi dikaitkan dengan bekas kekasihnya sebelum ini.

Bila nak nyanyi lagu ini saya memang terpaksa ingat balik perasaan lalu. Sumpah terpaksa. Kisah ini sudah 10 tahun lalu, saya tak mahu nama saya dikaitkan lagi dengannya. Mujurlah sekarang namanya sudah dikaitkan dengan orang lain. Lega.

Bukan itu sahaja, Shila turut mengaku bahawa lagu ‘Jauh Hati’ merupakan lagu ciptaannya sendiri tatkala berada di dalam fasa yang terendah dalam kehidupan.

Saya menulis lagu ini semasa dalam fasa paling bawah. Ketika itu saya rasa seperti tidak diperlukan dan dihargai. Saya yakin kita semua pernah merasai perasaan itu.

Selain menyanyikan lagu sendiri, Shila turut membawakan beberapa lagu pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Tagalog, Mandarin, Itali dan Perancis .

Untuk pengetahuan korang, selepas konsert pembukaan di Kuala Lumpur, Shila bakal meneruskan siri konsert jelajahnya di Pulau Pinang, Sabah, Singapura dan dua lokasi di Indonesia selepas ini. Jadi tunggu apa lagi! Jom tonton konsert Shila Amzah secara live!

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×