berita

LEGOLAND Malaysia Cuba Cipta Ular LEGO Terpanjang Dunia

February 7th, 2013 | by M
Travelogue

SONY DSC

LEGOLAND julung kalinya meraikan sambutan Tahun Baru Cina dengan lebih bermakna bagi mencipta rekod binaan ular terpanjang di dunia sepanjang 300 meter. Binaan ini akan bermula daripada pintu masuk sehingga merangkumi keluasan taman tema seluas 76 ekar.

Unik sekali, ia bakal dipasang ribuan pengunjung LEGOLAND yang bakal membanjiri taman tema ini mulai 9 Februari hingga 17 Februari 2012. Tempoh binaan selama 10 hari ini bakal menyaksikan pengunjung diberi peluang bersama-sama menyiapkan binaan ular yang dijangka menggunakan 1 juta bongkah LEGO.

Team OHBULAN! turut dijemput ke majlis pelancaran pembinaan blok lego terpanjang ini yang diadakan sebentar tadi di LEGOLAND Malaysia pertama di Asia terletak di Nusajaya, Johor.

SONY DSC

“Aktiviti sebegini yang dijalankan sempena perayaan Tahun Baru Cina adalah penting buat kami kerana ia secara langsung dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan,” kata Pengurus Besar LEGOLAND Malaysia, Siegfried Boerst.

Hari ini juga amat bermakna kerana kami turut mengajak pelajar-pelajar daripada Johor dan Singapura sebagai simbolik taman tema ini berkonsepkan mesra famili, katanya.

SONY DSC

Pengunjung pelabagai lapisan umur dapat berseronok sambil mengindahkan taman tema ini, sekaligus memberikan satu pengalaman baru di taman tema itu. Sekiranya aktiviti ini berjaya, ia akan menjadi satu aspirasi untuk setiap pengunjung untuk memulakan tahun ular dalam suasana penuh kemeriahan.”

SONY DSC

Ketua Pereka Model LEGOLAND, Stefan Bentivoglio berkata pihaknya menggunakan masa selama dua minggu atau 50 jam bagi memasang bahagian kepala terlebih dahulu. Ia dibina menggunakan blok lego berwarna merah, refleksi kepada warna utama sambutan Tahun Baru Cina.

SONY DSC

“Secara tak langsung aktiviti sebegini dapat mencabar pengunjung menyiapkan bahagian badan ular ini mengikut kreativiti mereka,” kata Stefan lagi.

Bahagian badan ular akan dibina daripada 3000 bahagian yang dicantum satu persatu. Pengunjung akan membina setiap satu bahagian yang terdiri daripada 12 gabungan warna berbeza dengan dibantu oleh pereka jurubina. Setiap bahagian dijangka menggunakan masa selama 30 minit untuk dibina, dan bahagian yang telah siap akan dicantumkan kepada badan ular yang sedia ada setiap hari. Pada hari kemuncak, Siegfried Boerst akan mengumumkan panjang binaan ular ini sebaik sahaja bahagian ekor dan kepala bertemu.

SONY DSC

Selain daripada aktiviti ular, pihak LEGOLAND Malaysia turut mempersembahkan pertunjukan gendang cina, Chinese Magic Mask, tarian naga & singa, dan bunga api. Taman tema ini akan dibuka mulai 10 pagi – 8 malam sepanjang cuti Tahun Baru Cina ini.

Fakta ringkas :

  • Binaan ular sepanjang 300 meter
  • Dibuat dengan menggunakan sejuta kubrik LEGO
  • Terdiri daripada cantuman 3000 bahagian
  • Bahagian kepala dibina daripada 1500 kubrik dengan menggunakan masa selama 50 jam
The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×