berita

‘Leher Dikelar Dan Isi Perut Terburai’ – Kisah Disebalik Pertumpahan Darah Leftenan Adnan

February 15th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Nama perwira Leftenan Adnan Saidi pernah menjadi sebutan dalam kalangan pelajar sekolah menengah menerusi buku komsas, Bahasa Melayu. Rata-rata antara kita sudah pun mengetahui serba sedikit sejarah perjuangan Leftenan Adnan ini.

14 Februari merupakan hari bersejarah dalam kalangan pewira Malaya, Singapura-Malaysia, dalam mengenang perjuangan barisan perwira . Mari kita mengikuti kisah perjuangan wira negara ini dalam usaha mengenang setiap darah yang tumpah demi mempertahankan tanah air.

Sekujur tubuh kaku

Menurut kisah dari The Patriots, sayu hati melihat sekujur tubuh yang tergantung disebatang pokok. Mayat Leftenan Adnan sebelum itu telah ditikam bertu-tubi sebelum digantung sepohon pokok di Singapura.

Malah, keadaan leher yang dikelar dan isi perut terburai angkara penjajah Jepun yang kejam. Mayat wira ini juga dilarang sama sekali untuk diturunkan dari pohon tersebut sebagai pengajaran kepada penentang arahan Jepun.

Semangat berjuang anak Melayu

Selama 48 jam pertempuran di medan perang antara askar Jepun dan barisan perwira Melayu bersama Rejimen Punjabi dan British. Leftenan Adnan diakui Jeneral Yamashita, sukar untuk mematahkan semangat juang Melayu di Bukit Chandu kerana semangat juang yang tinggi mereka.

Biar putih tulang

Leftenan Adnan sebuah nama yang tidak dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia dan Singapura. Wira ini telah banyak bekorban sakit dan tenaga demi mempertahankan hak Malaya. Ini lah perwira yang harus kita sanjungi tidak kenal gentar dan mati.

Credit: Twitter WanMohdNazri

SKIP THIS AD ×