berita

Leka Berbual Dengan Kawan, Wanita Telan AirPods Pro Milik Suami

September 15th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Baru-baru ini, seorang ejen hartanah di Utah Amerika Syarikat (AS) telah menelan AirPods Pro milik suaminya dengan secara tidak sengaja ketika sedang leka bersembang dengan rakannya. Ia menyangka bahawa itu adalah vitamin yang sering dimakannya.

Artikel Berkaitan: ‘KICK’ Giler Burger Blackpepper Mayo Baharu Burger King, Korang Dah Cuba? Katanya Boleh Menang Airpod Max.

Asyik berbual dengan kawan

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Insider, Tanna Barker, 52 berkongsi tentang kejadian itu di akaun TikToknya dan ianya sudah tular serta mendapat 2.1 juta tontonan.

Barker memberitahu sehingga kini dia masih memantau keadaan kesihatannya selepas dinasihatkan oleh ahli keluarga yang bekerja dalam bidang perubatan untuk membiarkan objek itu keluar dengan semula jadi.

Menerusi videonya di TikTok, Barker berkata, kemalangan itu berlaku pada hari Sabtu lepas ketika dia sedang berjalan dan terserempak dengan rakannya.

Ketika saya sedang leka berbual dengan kawan, saya mengambil ‘vitamin’ dan terus menelannya. Sesuatu terasa pelik dan mulanya saya menganggap pil itu ‘disatukan dalam bentuk yang aneh’, jadi saya terus menelan air.

Saya juga dapat merasakan ia turun dengan sangat perlahan.

Selepas mengucapkan selamat tingggal kepada rakannya, Barker baru menyedari pil tersebut masih berada di tangannya.

Dia dengan secara tidak sengaja menelan AirPods Pro suaminya.

Selepas berlaku kejadian itu, dia pulang ke rumah dan menceritakan kepada suaminya. Dalam pada itu, mereka mula menghubungi ahli keluarga yang bekerja dalam bidang perubatan.

Semua mengatakan agar membiarkan AirPods Pro itu keluar dari badan dengan sendirinya.

Sumber: Insider

SKIP THIS AD ×