berita

Lelaki Amuk CCTV Jiran Kerap Berpaling Ke Dalam Rumah, Peguam Nasihat Bawa Kes Ke Mahkamah

April 29th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Pada zaman serba canggih ini, kebanyakan rumah kini dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan keselamatan untuk merakam sekiranya berlaku aktiviti kecurian atau kemalangan. Namun, tular baru-baru ini satu video memaparkan seorang lelaki mengamuk terhadap jiran sebelah rumah gara-gara pemasangan CCTV yang didakwa tertumpu di rumahnya.

CCTV pandang isteri

Tangkap layar rakaman CCTV (Facebook Kau ninggal jela)

Dapat dilihat dalam video berdurasi 2 minit 53 saat itu, lelaki tersebut mengamuk di hadapan rumah pemilik CCTV sambil diperhatikan oleh beberapa lelaki lain yang dipercayai adalah jiran tetangga di situ. Dalam pertengkaran itu, jelas kedengaran lelaki itu marah selepas mendapati CCTV sentiasa berpaling ke arah rumahnya ketika isterinya berada di hadapan rumah.

Hampir saja bertumbuk, ketegangan antara kedua-dua pihak itu akhirnya reda setelah dileraikan jiran-jiran lain yang datang bagi untuk mengawal keadaan. Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen berasa hairan mengapa lelaki tersebut begitu marah memandangkan CCTV itu dipasang hanya untuk tujuan keselamatan bersama.

‘Boleh saman di mahkamah!’

Gambar sekadar hiasan

Susulan itu, seorang peguam di laman Tiktok dengan nama pengguna Syaz.MJ berkongsikan pendapatnya mengenai isu yang sedang tular itu. Menurut Syaz, ianya merupakan satu kesalahan untuk memasang CCTV kemudian menghadapkan CCTV tersebut terus ke rumah orang lain.

Antara sebab utama mengapa perkara tersebut menjadi satu kesalahan adalah kerana CCTV yang menghadap terus ke arah rumah orang lain atau rumah jiran disifatkan sebagai satu gangguan privasi.

Syaz juga sempat berkongsikan pengalamannya menguruskan kes yang lebih kurang sama di mana seorang jiran disaman kerana menghadapkan CCTV terus ke rumahnya yang mengganggu privasi tuan rumah, dan menyebabkan tekanan. Tambah Syaz, tuan rumah menang kes saman tersebut.

Sumber: Facebook Kau ninggal jela, Syaz.MJ

SKIP THIS AD ×