berita

Lelaki Belasah Doktor Buka Mulut, Dakwa Isteri Dah 8 Bulan Curang

October 5th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini viral di media sosial video seorang lelaki membelasah seorang doktor selepas dikatakan kantoi curang dengan isterinya. Menerusi laporan Mstar, lelaki yang dikenali sebagai Aiman Ariff, tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai kejadian tersebut.

Amaran tidak diendahkan

Sekadar gambar hiasan

Menurut Aiman, dia bertindak memukul doktor tersebut setelah amaran jangan bertemu dengan isterinya tidak diendahkan. Tambahnya, dia bukan seorang yang cemburu buta dan menuduh isterinya membuat perkara yang bukan-bukan.

Saya belum gila nak pukul orang sebab saya tak pernah ada rekod jenayah sebelum ini. Tapi siapa tak marah kalau dengan bangganya doktor tu masuk rumah saya. Mula-mula wife cakap, doktor masuk ke dalam rumah untuk tumpang solat, tapi takkan solat sampai tiga jam?

Saya juga pernah warning doktor tersebut supaya jangan jumpa wife saya pada 19 September lalu. Saya call dia dari Dubai. Tengok-tengok saya dapat video bukti mereka masih lagi berjumpa sehari selepas saya call dia. Apa awak rasa?

Dah curang selama 8 bulan

Sekadar gambar hiasan

Aiman turut memberitahu bahawa bertanya khabar mengenai isteri merupakan tanggungjawabnya sebagai suami apabila mereka tinggal berjauhan. Dia turut memberitahu bahawa dia menyedari isterinya ada hubungan sulit sejak 8 bulan lalu.

Seorang suami yang jauh sentiasa akan bertanya, ambil berat isteri sebab saya tak ada di sisi dia. Tapi mungkin bagi dia ambil berat dan pertanyaan itu adalah trust issue. Bagi saya itu cara seorang suami menyayangi isterinya. Saya tak rasa ini isu jealous tetapi curang. Isteri orang curang dengan suami orang. Mana keadilan saya seorang yang dianiaya.

Sejujurnya isteri saya dah curang lapan bulan. Saya dapat tahu pun dari mak mentua saya kerana dia tidak mahu bersubahat. Isteri minta cerai sejak dari awal tahun lagi. Dia juga pernah block nombor telefon saya selama tiga bulan. Waktu itu dia sedang hangat bercinta dengan doktor itu, tapi saya tak ada bukti ketika itu.

Selepas menunaikan solat istikharah, Aiman memberitahu bahawa dia menemui bukti yang kukuh mengenai kecurangan isterinya. Dia mempunyai bukti access card keluar masuk, video rakaman cctv, video pengakuan mereka berdua termasuk resit hotel. Selepas terkantoi perbuatan yang dilakukan, Aiman memberithu bahawa dia tidak memukul isterinya malah berharap isterinya insaf.

Aiman turut mengaku bahawa tindakannya menyerang doktor tersebut adalah keterlaluan kerana terlalu marah. Pada masa yang sama, dia turut menafikan adik iparnya mengeluarkan sebarang kenyataan mempertahankan kakaknya di Twitter.

Polis terima laporan doktor

Menerusi laporan Astro Awani, pihak polis telah menerima laporan mengenai seorang doktor perubatan dipukul oleh seorang lelaki di kliniknya di Bandar Baru Bangi. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, pihaknya menerima laporan daripada doktor tersebut kira-kira 3.45 petang, pada Jumaat.

Kertas siasatan dibuka dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Punca kejadian masih dalam siasatan.

Sumber: Mstar & Astro Awani

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.