Seorang wanita mendakwa bekas suaminya berlaku curang dan terlibat dalam perbuatan zina dengan rakan sekerja ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Artikel Berkaitan: Suami Guna Alasan ‘Join’ Tabligh Kantoi Curang Dengan Wanita Seksi, Siap Ceraikan Isteri Talak 3 – ‘Ini Bukan Kali Pertama Dia Curang’

Suami berzina

Menerusi hantaran di Threads, wanita tersebut mendakwa hubungan terlarang di antara suami dan rakan sekerjanya itu sudah melampaui batas iaitu sehingga hamil dan mengugurkan kandungan.

Menurut wanita itu, rakan sekerja suaminya enggan bercerai dengan pasangannya kerana memikirkan nasib anak-anak.

Saya bertahan tiga tahun selepas tahu suami curang dengan office wife. Perempuan tu isteri orang dan ada tiga anak.

Hubungan sampai ke zina, tengah-tengah kerja boleh pula sewa yoyo alasan ambil cuti sakit atau ada kerja luar.

Waktu kantoi, perempuan tu mengaku pernah gugurkan anak hasil zina mereka dan perlukan suami saya tapi tak nak cerai dengan suami dia sebab sayangkan anak.

Walau bagaimanapun, wanita tersebut tetap nekad untuk mengakhiri perkahwinannya dengan suami kerana perbuatan terkutuk itu.

Tambah wanita berkenaan, dia terlalu kecewa dengan sikap suami yang didakwa sanggup melakukan hubungan seksual dengan wanita lain.

Akhirnya saya tuntut cerai di mahkamah.

Sebelum cerai, mereka kantoi nak jumpa dan tempah hotel di Kuala Lumpur. Mereka buat maksiat lagi sedangkan saya dekat pejabat tengah kerja.

Apa yang sakit, suami siap belikan baju seksi, pelincir, kondom dan ubat kuat.

Sumber: Threads