berita

Lelaki Bertuah Dilamar 3 Kekasih Sekali Gus & Terima Mas Kahwin RM12k – ‘Kami Saling Membantu & Tak Pernah Bergaduh’

April 6th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Thairath

Siapa sangka rezeki seorang lelaki di wilayah Nonthaburi, Thailand selepas dia dilamar oleh tiga kekasihnya dan turut menerima mas kahwin sebanyak 100,000 baht (anggaran RM12,556.58) daripada setiap seorang. Bukan itu sahaja, mereka dilaporkan telah berkahwin secara serentak pada minggu yang lalu. Tahniah!

Terima mas kahwin RM12k

Foto: TheThaiger

Menerusi laporan media tempatan, lelaki bertuah, Suea Supareek merupakan seorang pengamal perubatan dan dia kini mempunyai sembilan anak bersama ketiga-tiga isterinya. Hasil hubungan selama 16 tahun bersama isteri pertama, Nutcharin Phankat, 30, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata dan ketika mereka kenal wanita ini berusia 14 tahun.

Manakala isteri kedua, Pitchaya Suraseeruangchai, 35, tinggal bersama suaminya selama sembilan tahun dan mereka turut mempunyai empat cahaya mata. Isteri ketiga, Kawinthida Kulapatchaiyapoom, 31, mula menyertai keluarga besar itu sejak tujuh tahun yang lalu dan kini mempunyai seorang anak perempuan.

Apa yang lebih menarik perhatian lagi, apabila mereka tinggal serumah dan menolong suaminya dalam merawat 400 hingga 500 pesakit bagi setiap bulan.

Ceritakan momen sebelum berkahwin

Foto: Thairath

Ujar Kawinthida, dia mengenali Suea ketika satu pertandingan tatu dan dia ketika itu sudah mengetahui suaminya sudah mempunyai dua orang kekasih hati.

Dia memberitahu saya bahawa dia seorang doktor (pengamal perubatan tradisional) dan mempunyai anak. Dia seorang yang jujur dan bersikap terbuka dengan kami semua.

Kekasih keduanya mengajak saya untuk menyertai keluarga besar mereka dan saya bersetuju untuk tinggal bersama di bawah satu bumbung. Kami saling membantu setiap hari dan tidak pernah bergaduh.

Bercerita lebih lanjut, wanita ini menceritakan dia dan ‘kekasih-kekasih’ Suea melamar suami mereka mengikut tradisi Brahmin di mana wanita yang perlu melamar lelaki.

Sumber: TheThaiger & Thairath

SKIP THIS AD ×