berita

Lelaki Bogel Cuba Pegang Kanak-Kanak Di Pusat Beli Belah, Orang Awam Sempat Kejar & Bagi Penumbuk

October 12th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Viral di media sosial mengenai kisah seorang lelaki yang tidak berpakaian dikejar oleh orang awam kerana didakwa cuba menyentuh seorang kanak-kanak di sebuah pusat beli belah di Washington.

Artikel Berkaitan: Wanita Dibelasah & Dibogelkan Kerana Enggan Bayar Faedah Tambahan Pinjaman Suami

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lelaki Selamba Onani Di Tempat Awam, Siap Tunjuk Skil Atas Motosikal

Lelaki telanjang

Menerusi laporan New York Post, dua orang awam telah mengejar lelaki bogel tersebut selepas seorang wanita terkejut melihat keadaannya. Tambah wanita itu, lelaki berkenaan turut kelihatan memegang seorang kanak-kanak.

Dia telanjang sepenuhnya dan berlari di bahagian pakaian kanak-kanak dengan hanya berstokin. Dia seperti, memegang kanak-kanak itu.

Bukan itu sahaja, lelaki itu dikatakan cuba mengambil sehelai seluar dan cuba memakainya sebelum dia berputus asa lalu menghanyunkan seluar tersebut ke arah individu yang mengejarnya.

Walau bagaimanapun, orang awam berjaya memegang dan menumbuk lelaki bogel itu. Difahamkan, kanak-kanak yang terlibat dalam insiden itu turut menangis sebaik sahaja mendengar pertengkaran tersebut.

Sumber: New York Post 

SKIP THIS AD ×