Di TikTok, tular satu video memaparkan seorang warga Pakistan yang berkongsi pengalaman dukanya sewaktu bekerja di Malaysia satu ketika dahulu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terubat Rindu! Masak Makanan Tradisi Nepal Buat Pengawal Keselamatan, Netizen Puji Tindakan Murni TikTokers
Kena tumbuk depan Sogo
Menerusi perkongsian individu dikenali sebagai Ahmad Isa, lelaki yang dikenali sebagai Usman itu mendedahkan dia pernah bekerja di sebuah kedai menjual kain fabrik berhadapan dengan pusat beli belah Sogo, Kuala Lumpur.
Menurut Usman, dia kemudiannya berpindah ke negara asalnya kerana serik menjadi mangsa samun sewaktu mencari rezeki di Malaysia.
Bahkan, dia juga mendakwa pernah ditumbuk oleh seorang lelaki tempatan sewaktu sedang bekerja.
Dulu saya kerja berhadapan dengan Sogo, Kuala Lumpur di sebuah kedai fabrik di sana. Saya balik ke Pakistan semula sebab orang pukul saya.
Bukan itu saja, barang jualan saya dan pasport juga diambil membuatkan saya jadi susah.
Namun begitu, Usman mendedahkan dia sama sekali tidak mengambil hati dengan kejadian yang menimpanya itu.
Setiap orang ada lima jari tapi semua jari itu tidak sama sifatnya.
Ada orang baik dan ada juga orang yang jahat tak kira di mana pun kita berada.
Di akhir video tersebut, dapat dilihat Usman mengagihkan beberapa plastik berupa makanan termasuk buah epal kepada Ahmad dan rakan-rakannya.
Sikap yang ditunjukkan Usman untuk membuatkan Ahmad berasa malu kerana memikirkan layanan yang diterima lelaki tersebut sewaktu mencari rezeki di Malaysia.
Dekat sana dia kena tumbuk, dekat sini dia bagi orang Malaysia macam-macam.
Video
@ahmad.bin.isa DULU KENA PUKUL, SEKARANG JADI BOS ?? #KayuhanHaji2024 ? original sound – Ahmad Isa
Sumber: TikTok Ahmad Isa