berita

Lelaki Derita Sakit Perut Sebab Suka Telan 60 Barang Dalam Rumah

October 3rd, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang lelaki menderita sakit perut selama dua tahun kerana gemar untuk menelan barang barangan rumah.

Artikel Berkaitan: Kepala Bagai Nak Meletup & Perut Membusung, Wanita Disantau Rakan Selepas Minta Hutang

Artikel Berkaitan: Ketagih Makan Makanan Pedas Sejak Kecil, Syafie Naswip Selamat Bedah Apendiks

Makan 60 barangan rumah

Menerusi laporan The New York Post, Kuldeep Singh, 35, dilaporkan pergi ke hospital Moga Medicity di Moga, Punjab kerana mengalami masalah perut yang teruk dan juga demam panas.

Pakar perubatan telah melakukan imbasan X-ray di kawasan yang bermasalah dan kemudian menemukan pelbagai objek di tempat itu.

Singh dilaporkan telah memakan 60 barang termasuk loket, rantai, kacang, bolt, fon telinga, pin keselamatan, magnet, butang baju dan zip serta banyak lagi objek yang tidak boleh dimakan.

Ketika menjalankan X-ray, kami menemui loket, rantai, kacang, bolt, fon telinga, dan banyak objek lain di dalam perut.

Doktor mendiagnosis, Kuldeep mengalami pica iaitu keadaan masalah mental di mana penghidap terpaksa menelan barang yang bukan makanan.

Penyakit ini biasanya dialami dalam kalangan kanak-kanak, wanita hamil dan orang yang mengalami gangguan psikiatri seperti gangguan spektrum autisme, ketidakupayaan intelek atau skizofrenia.

Namun, saudara-mara Singh tidak menyedari masalah yang dihadapinya.

Menurut pakar gastroentrologi, Vishavnoor Kalra, memakan objek yang tidak boleh dihadam boleh membahayakan kesihatan Singh.

Memandangkan dia telah makan objek tajam, terdapat luka parah di perutnya.

Disebabkan itu, Singh telah menjalani pembedahan selama tiga jam yang diketuai oleh pakar bedah Anup Handa dan Vishavnoor Kalra.

Kalra berkata, walaupun pembedahan itu berjaya, Singh masih berada dalam keadaan kritikal.

Dia masih menggunakan ventilator dan kritikal.

SKIP THIS AD ×