
Seorang lelaki berusia 60 tahun ditahan polis selepas didakwa mencabul 32 orang pelajar sekolah rendah dalam kejadian di Sulawesi Selatan, Indonesia.
Artikel Berkaitan: Peniaga Ditahan, Disyaki Cabul 10 Kanak-Kanak Di Melaka
Artikel Berkaitan: Pempengaruh Direman Bantu Siasatan Kes Rog*l Remaja 14 Tahun – ‘Suspek Dipercayai Rakam Semasa Kejadian’
Lelaki cabul remaja
Memetik laporan Detik, suspek turut didakwa mencabul seorang pelajar sekolah menengah di sebuah masjid. Malah suspek tergamak mengugut mangsa menggunakan senjata tajam, sekiranya permintaannya itu tidak dipenuhi.
Difahamkan, sebelum ini, suspek melakukan perbuatan terkutuknya itu terhadap 32 mangsa di warung miliknya.
Sementara itu, ibu kepada salah seorang mangsa turut mendakwa dua anak perempuannya yang berusia 9 dan 10 tahun turut menjadi mangsa.
Bagaimanapun, kejadian terbongkar apabila anaknya pulang ke rumah dalam keadaan menangis dan trauma. Hal itu berlaku susulan tindakan suspek yang mengangkat mangsa dari belakang sebelum memaksanya duduk di pangkuan.
Susulan tiga laporan yang diterima, pihak polis bertindak menahan suspek untuk tindakan lanjut.
Sumber: Detik