Seorang lelaki disyaki menetak abang iparnya sehingga putus kepala di kawasan sawah, Kampung Pida 3, Jerlun, 31 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan: Bekas Pemain Import Bola Sepak Kelantan Disyaki Terlibat Dalam Kes Tembakan Di Sungai Golok

Artikel Berkaitan: Pelajar Sekolah Terjatuh Dari Tingkat Satu Selepas Putus Cinta

Suspek berhalusinasi

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, berkata suspek berusia 38 tahun itu dipercayai sudah tidak mengambil ubat dan enggan menerima rawatan psikiatri sejak kira-kira lima bulan lalu.

Menurut laporan sama, suspek dipercayai mengalami halusinasi sebelum bertindak menetak abang iparnya.

Suspek mempunyai kad rawatan, sama ada dia berhenti atau enggan menerima rawatan sejak empat hingga lima bulan lalu.

Berkemungkinan dia mempunyai prasangka buruk terhadap mangsa hingga mengakibatkan berlakunya halusinasi susulan berhenti makan ubat serta enggan lagi mendapatkan rawatan.

Menurut Adzli, suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pihak polis juga menemui kesan tetakan pada tubuh badan mangsa, Nasir Md Nayan, 45, serta bahagian kepala yang putus kira-kira satu meter dari tubuh mangsa.

Tambahnya lagi, sebilah parang milik suspek berukuran panjang 30 sentimeter yang digunakan dalam kejadian itu telah dirampas bagi membantu siasatan lanjut.

Sumber: Berita Harian