
Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki melakukan amang seksual dan merogol adik kandungnya sendiri sejak mangsa berusia 10 tahun.
Artikel Berkaitan: Kejam! Bayi 9 Bulan Kritikal, Dirog*l Saudara Sendiri Berusia 12 Tahun Di Bangsal Zink
Artikel Berkaitan: Ibu Trauma, Dakwa Mentua Selamba Cuba Susukan Cucu – ‘Rasa Nak Nangis, Geli!’
Dicabul suspek ketika di rumah

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor memaklumkan bahawa suspek berusia 24 tahun itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa pada jam 12.51 tengah hari, pada Isnin.
Menurut Azli, kejadian terbaharu dipercayai berlaku pada Ahad lalu sekitar jam 9 malam apabila mangsa yang kini berusia 16 tahun didakwa dicabuli oleh suspek ketika berada di rumah.
Mangsa mendedahkan bahawa dia sebenarnya telah menjadi mangsa rogol suspek sejak enam tahun lalu.
Difahamkan, pihak polis akan mengemukakan permohonan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Selasa.
Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan.
Kes ini turut disiasat di bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Jelasnya, siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Di samping itu, Azli turut mendedahkan bahawa Polis Kuala Terengganu telah membuka 14 kertas siasatan melibatkan kes jenayah seksual sepanjang tempoh 1 Jun hingga 22 Jun 2026.
Sumber: Sinar Harian








