berita

Lelaki Ditahan Polis Selepas Lempar Sosej Pada Muka Abang

December 8th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang lelaki di Florida telah ditahan polis gara-gara membaling sosej ke arah abangnya disebabkan berlaku perselisiham faham antara mereka.

Artikel Berkaitan: Lelaki Ditahan Polis Selepas Baling Biskut Pada Isteri

Di bawah pengaruh alkohol

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan India Times, kejadian ini berlaku di halaman rumah apabila mereka adik-beradik bergaduh lalu adik melempar sosej tepat di bahagian kanan muka abangnya.

Menurut pihak polis, mereka terpaksa masuk campur untuk memisahkan mereka yang bergaduh dan menangkap suspek.

Tambahnya lagi, suspek mungkin berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian berlaku.

Namun, sehingga kini, punca mereka bergaduh masih tidak diketahui.

Disebabkan itu, suspek didakwa melakukan serangan domestik dan dihantar ke penjara Pinellas County. Walaupun dia dibebaskan pada Isnin lepas, suspek mengaku tidak bersalah atas dakwaan tersebut.

Hakim Mahkamah Litar juga telah mengenakan perintah terhadap suspek di mana dia tidak boleh berjumpa ataupun menghubungi abangnya.

Sumber: India Times

SKIP THIS AD ×