berita

Lelaki Ditahan Polis Selepas Baling Biskut Pada Isteri

November 23rd, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki di Florida telah ditahan selepas dia didakwa membaling bungkusan biskut ke arah isterinya ketika kedua-duanya bertengkar mengenai mesin pembuat kopi.

Artikel Berkaitan: Wanita Terpaksa Minta Bantuan Perlindungan, Dapat Ugutan Bunuh Daripada Bekas Suami

Artikel Berkaitan: Sering Diserang Secara Fizikal, Ibu Upah Pembunuh Tembak Anak Sampai Mati

Mangsa terjatuh

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Fox News, suspek, John Sandoval, 70, ditahan pada pagi Sabtu lalu selepas kejadian tersebut. Suspek membaling bungkusan biskut ketika dia dan isterinya bertengkar mengenai mesin pembuat kopi mereka yang tidak mempunyai air.

Menurut timbalan Syerif Lake County, pasangan itu telah berkahwin selama lebih 40 tahun dan bertengkar ketika sedang duduk di meja.

Sandoval berubah menjadi agresif lalu melemparkan bungkusan biskut ke dada isterinya sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.

Bukan itu sahaja, Sandoval juga dikatakan meletakkan tangannya pada leher mangsa semasa dia berada di atas lantai.

Sementara itu, anak perempuan mangsa menggesa ibunya untuk memfailkan tuduhan mengenai kejadian yang berlaku itu.

Walau bagaimanapun, timbalan Syerif menyatakan mereka tidak melihat sebarang kecedaraan pada mangsa.

Ketika disoal siat, suspek mengaku mengambil bungkusan biskut itu dan membalingnya ke arah mangsa dan disebabkan itu dia didakwa melakukan jenayah rumah tangga ke atas isterinya yang berumur 65 tahun ke atas.

Sumber: Fox News

SKIP THIS AD ×