berita

Lelaki Gigit Jari Polis Trafik Sebab Ditahan Tak Pakai Helmet

February 14th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Tindakan seorang lelaki menggigit jari anggota polis trafik di Bengaluru, India telah tular di media sosial.

Artikel Berkaitan: Beri ‘Diskaun’ Saman Kepada Warga Asing, Identiti Anggota Polis Sudah Dikenal Pasti

Tidak pakai topi keledar

Menerusi laporan NDTV, lelaki tersebut telah ditahan oleh polis trafik kerana dia melanggar undang-undang jalan raya di mana dia menunggang skuternya tanpa memakai topi keledar.

Semasa polis trafik tersebut mengambil kunci skuter suspek, Ketua Ketua Konstabel Siddarameshwara Kaujalagi cuba merakam kejadian itu untuk dijadikan sebagai bukti pelanggaran peraturan lalu lintas.

Dalam video tersebut menunjukkan lelaki yang berusia 28 tahun itu berhadapan dengan kedua-dua konstabel trafik sebelum dia menggigit jari salah seorang konstabel itu untuk mengambil kunci.

Suspek mengatakan bahawa dia terlupa untuk memakai topi keledar ketika dia menuju ke hospital dan tidak kisah sekiranya video tersebut menjadi tular.

Suspek telah ditangkap dan satu kes didaftarkan atas kesalahan mendera dan mencederakan anggota polis yang bertugas secara fizikal.

Sumber: NDTV

SKIP THIS AD ×