berita

Budak 4 Tahun Maut Dirempuh Kereta Ketika Melintas Jalan

July 24th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

budak maut kemalangan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang melintas di Jalan SS 9A/8, Sungai Way, di sini, semalam.

Artikel Berkaitan: Lombong Emas Secara Haram, Lelaki Maut Dihempap Batu

Artikel Berkaitan: Empat Sekeluarga Termasuk Bayi 6 Bulan Maut Dikelar, Mayat Dibakar

Maut dirempuh kereta

budak maut kemalangan

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung insiden yang membabitkan seorang pejalan kaki kanak-kanak warga asing dan sebuah kereta jenis Nissan X-Trail.

Ketika pemandu kenderaan berkenaan melalui lokasi kejadian, mangsa dikatakan secara tiba-tiba melintas jalan menyebabkan pemandu tidak sempat brek dan terlanggar mangsa.

Mangsa yang mengalami kecederaan disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semasa menerima rawatan. Sementara suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×