
Jaguh Muay Thai Negara, Johan Ghazali berkongsi pandangan jujur mengenai perubahan yang dirasainya sejak namanya semakin dikenali dalam dunia sukan tempur.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jojo Ghazali Dakwa Pempengaruh & Selebriti Cemar Imej Muay Thai – ‘Jangan Bawa Perangai Ban*ang Kalian’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kekasih Johan Ghazali Tolong Cabut Benang Jahit, Peminat Suruh Cepat Kahwin – ‘Untunglah Dapat Girlfriend Doktor’
Perubahan selepas popular

Menerusi hantaran di Instagram, Johan atau mesra disapa Jojo, 18, berkata populariti yang diraih membuatkannya lebih peka terhadap reaksi dan penerimaan orang sekeliling, khususnya pengguna media sosial.
Sejak aku jadi popular, aku menyedari satu perkara. Aku buat satu analisis sendiri tentang siapa yang suka dan siapa yang tidak suka pada aku.
Kesimpulan yang aku dapat, orang yang handsome dan cantik memang suka pada aku. Lelaki kacak dan wanita cantik tiada masalah dengan aku.
Tetapi orang-orang yang suka cari masalah dengan aku ini semuanya muka macam katak. Aku pun pelik kenapa jadi macam itu.
Tambah Jojo, dia sentiasa menerima pandangan netizen dengan hati terbuka. Malah, cakap nakal yang dilemparkan mengingatkannya kepada satu prinsip hidup yang sering dipegang.
Sejujurnya, aku memang selalu baca komen-komen netizen yang tak suka sebab aku terbuka untuk dikritik.
Kalau kritikan itu membina dan ada kebaikan, aku akan muhasabah diri. Tapi kalau kritik yang pelik-pelik, muka mereka pun macam katak.
Situasi ini buat aku teringat ayat ‘jangan ambil kritikan daripada seseorang yang kita tidak boleh jadikan tauladan’.
Orang yang aku ambil nasihat dan ‘advise’ adalah seperti Cristiano Ronaldo. Dia rajin, berdisiplin, hebat dan berjaya. Itu contoh yang aku nak ikut.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen menganggap perkongsian itu sekadar guruan dan bukan berbentuk serius oleh Jojo.
Sumber: Instagram








