![[VIDEO] Jojo Ghazali Dakwa Pempengaruh & Selebriti Cemar Imej Muay Thai – ‘Jangan Bawa Perangai Ban*ang Kalian’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/Latest-Default-Image-2025-08-20T125301.278.png)
Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pempengaruh dan selebriti yang didakwa tidak serius ketika menceburi sukan itu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kekasih Johan Ghazali Tolong Cabut Benang Jahit, Peminat Suruh Cepat Kahwin – ‘Untunglah Dapat Girlfriend Doktor’
Imej Muay Thai tercalar

Menerusi perkongsian di TikTok, Johan atau mesra disapa Jojo, 18, berkata, trend memasuki sukan Muay Thai secara sambil lewa dan hanya ingin meraih populariti adalah sesuatu yang amat memalukan.
Dakwa Jojo, lebih-lebih lagi apabila mereka tidak menjaga adab dan imej sukan tersebut sekali gus mencemarkan nama baik Muay Thai dengan sikap tidak beretika.
Betul-betul memalukan lah sekarang, ramai pempengaruh dan selebriti yang acah-acah nak jadi ‘fighther’ (peninju). Baru berlatih dua tiga minggu dah nak masuk gelanggang berlawan.
Kalian nak acah jadi ‘fighter’ ikut kalian lah, tetapi apabila sudah masuk dalam sukan Muay Thai tolong jaga etika dan adab. Jangan bawa perangai bangang kalian.
Mengakui sudah berusaha mengangkat sukan Muay Thai ke taraf lebih tinggi, Jojo juga berasa gusar apabila sukan tersebut semakin dipandang remeh akibat penganjuran acara yang lebih menjurus kepada hiburan berbanding pertandingan sebenar.
Macam mana sukan Muay Thai nak maju kalau taraf sukan ini ditaraf itu sahaja. Sekali dua, ada pertandingan yang melibatkan pempengaruh dan selebriti okay lagi, namun kalau dah terlalu banyak, saya rasa melampau.
Aku berusaha untuk naikkan sukan ini dan tolong jangan melampau sangat.
Dalam pada itu, Jojo juga menasihati penganjur acara supaya lebih bersikap profesional dan tidak hanya mementingkan strategi pemasaran murahan.
Lagi-lagi penganjur acara yang juga tiada etika, tidak semua namun kebanyakkan mereka. Penganjur kalau nak buat ‘marketing’ sekali pun, tolong lah guna otak.
Pastikan nak buat ‘marketing’ ada hitam putih, jangan sesuka hati guna wajah orang lain dalam poster hanya untuk menarik perhatian orang awam. Itu ‘marketing’ murah.
Video
Sumber: TikTok






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

