berita

Lelaki ‘Kantoi’ Beli Durian Guna Duit Palsu Dikenakan Hukuman Penjara 3 Tahun

February 14th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang lelaki di Jakarta, Indonesia dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun selepas didapati bersalah membeli durian menggunakan duit palsu.

Ditangkap orang awam

Gambar sekadar hiasan

Majlis Hakim Pengadilan Negeri Medan yang diketuai Martua Sagala menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh didapati bersalah mengedarkan duit palsu. Lelaki yang dikenali sebagai Rangga itu didakwa menggunakan duit palsu ketika membeli durian pada 23 Ogos 2021 di Medan Sunggal, Medan.

Menurut laporan CNN Indonesia, Polis dikerah ke lokasi kejadian selepas orang ramai menangkap Rangga yang ‘kantoi’ membuat pembelian menggunakan duit palsu. Dia telah menggunakan sekeping duit kertas palsu bernilai 100,000 rupiah (RM29) dan tiga keping duit bernilai 10,000 rupiah (RM2.90).

Ketika disoal tentang duit palsu tersebut, Rangga memberitahu kesemua duit palsu itu diberikan oleh seorang peniaga yang tidak dikenali. Tertuduh ditahan mengikut artikel Pasal 36 Ayat (3) Undang-Undang Nombor 7 Tahun 2011 mengenai mata wang, dan keputusan hakim selaras dengan tuntutan pendakwa raya yang menuntut Rangga dipenjara selama tiga tahun.

Sumber: CNN Indonesia

SKIP THIS AD ×