berita

Lelaki Kecam Azlee Senario Tak Reti Syukur Dapat Offer RM500 Sehari, Netizen ‘Back Up’ – ‘Rate Paling Rendah RM1500’

April 19th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Baru-baru ini pelawak, Azlee Senario meluahkan rasa terkilannya selepas pernah menerima tawaran tidak setimpal iaitu sebanyak RM500 sehari oleh pihak produksi yang tidak didedahkan nama.

Artikel Berkaitan: ‘Dalam Sebulan Saya Boleh Dapat RM15,000’ – Azlee Senario Syukur, Dapat Bayar Kereta & Rumah Guna ‘Gift’ TikTok

Lelaki dakwa Azlee bongkak?

Terbaharu, seorang individu tampil mempersoalkan luahan Azlee itu menerusi satu ciapan yang dibuat di aplikasi X.

Menerusi ciapan tersebut, individu berkenaan berpendapat Azlee tidak sepatutnya merungut dan perlulah bersyukur kerana masih lagi mendapat tawaran berlakon meskipun ditawarkan dengan harga yang rendah.

Lebih parah, dia turut mempertikaikan ‘nilai’ Azlee yang dianggap semakin veteran di dalam dunia hiburan.

Bongkaknya, orang lain kerja bagai nak mati kejar ‘basic’ RM1500, dia dapat tawaran RM500 sehari pun tak nak.

Awak itu artis veteran ja, Senario pun dah terkubur, tak ada siapa kenal. Veteran lain banyak yang tak dapat job.

Bayangkan kalau job dia lima hari, kalah gaji fresh grad.

Bagai menuang minyak ke dalam api, individu tersebut turut membanding Azlee dengan selebriti Hollywood yang dianggap lebih  berbakat dan versatil.

Walau bagaimanapun, ciapan lelaki tersebut menuai komen negatif daripada wargamaya yang ternyata tidak bersetuju dengan pandangannya itu.

Komen netizen

Sumber: Aplikasi X

SKIP THIS AD ×