berita

‘Dalam Sebulan Saya Boleh Dapat RM15,000’ – Azlee Senario Syukur, Dapat Bayar Kereta & Rumah Guna ‘Gift’ TikTok

April 3rd, 2024 | by Alia
Kini Trending

azlee

Pelakon dan pelawak, Azlee Senario meluahkan rasa terharu dan bersyukur apabila peminat masih menyokongnya di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Arwah Hamdan Cakap Dengan Doktor Jangan Tidurkan Dia’ – Azlee Senario

Artikel Berkaitan: ‘Buat Apa Nak Sombong? Satu Hari Kita Akan Menghadap Allah’ – Azlee Senario

Raih pendapatan

azlee

Ketika ditemui OhBulan! Azlee atau nama penuhnya Muhammad Azlee Jaafar berkata platform TikTok banyak membantu dalam memperoleh pendapatan sampingan.

Bagaimanapun, Azlee sama sekali tidak meminta dikasihani mahupun mengemis malah dia berasa bersyukur di atas pemberian peminatnya.

Saya pun tak sangka penangan TikTok ni dan saya baru sahaja belajar. Ada sahabat cadangkan saya untuk buat siaran langsung menerusi platform terbabit.

Katanya boleh cari duit lebih dan terkejut apabila platform itu boleh jana pendapatan. Saya bersyukur orang beri gift sebanyak itu. Memang rasa terharu.

Ada satu hari, saya buat live selama lima minit dan telah meraih RM8,500.

Dalam pada itu, pelawak berusia 56 tahun tersebut mendedahkan bahawa dia memperoleh pendapatan yang lumayan semasa melakukan sesi siaran langsung di platform berkenaan sehingga mampu menampung komitmen bulanan.

Saya tak buat live setiap masa. Saya ada sasaran saya sendiri. Dalam satu hari, saya mencari RM500 dan kalau lebih, itu bonus.

Dalam sebulan saya boleh dapat RM15,000. Saya akan keluarkan setiap hujung bulan. Saya anggap itu pendapatan bulanan saya.

Alhamdulillah, setakat ini, duit kereta dan rumah, TikTok yang bayar.

Azlee berkata demikian pada sidang media kempen Raikan Yang Dirai bersempena sambutan hari raya anjuran Suria FM yang berlangsung di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur pada Isnin.

Justeru itu, pelakon filem Lagi Lagi Senario tersebut menyeru agar semua anak seni memanfaatkan platform tersebut dengan mengenepikan perasaan segan demi memperoleh pendapatan yang lebih baik.

TikTok ini boleh menjadi platform untuk meraih pendapatan sampingan terutamanya buat artis-artis lama. Mereka masih ada peminat yang sayang dan mahu berkongsi rezeki.

Kita lihat sahaja Datuk Red, dia pernah susah sampai terduduk tapi disebabkan dia buang rasa malu dan gunakan platform yang betul, masyarakat sayang pada dia.

Kita bukan minta sedekah tapi orang yang bagi, itu hadiah daripada orang ramai.

Dalam perkembangan lain, Azlee turut membintangi drama pendek berjudul Suami Raya yang diterbitkan oleh Suria FM sempena sambutan aidilfitri. Drama tersebut turut menampilkan Shuib selain membariskan semua penyampai radio Suria FM.

SKIP THIS AD ×