berita

Lelaki Kutip Hutang Maut Kena Tembak Di Leher

October 16th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki dari Dusun Sukaramai, Indonesia, meninggal dunia akibat ditembak di leher.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Tidak Puas Hati Kalah Sabung Ayam, Lelaki Tembak Pemenang Sehingga Mati

Artikel Berkaitan: Pempengaruh Lelaki Berpakaian & Bersolek Seperti Wanita Ditembak Mati

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Mampu Bayangkan Bagaimana Kereta Perisai Dipandu Arwah Suami Ditembak Bertalu-Talu’

Meninggal ketika kutip hutang

pura-pura culik

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Tribun News, mangsa meninggal dunia ketika mengutip hutang Rp 3 juta (RM905.84) daripada suspek.

Menurut Ketua Polis, Inspektor Candra isteri mangsa menerima berita suaminya meninggal dunia dan mengalami kesan tembakan di bahagian kanan leher.

Sebaik sahaja mendapat tahu keadaan suaminya, isteri mangsa bergegas ke rumah suspek dan melihat suaminya sudah meninggal dunia dalam keadaan terduduk di atas bangku rumah suspek.

Ketika itu rumah suspek telah kosong, kerana suspek bersama isteri serta anak-anaknya sudah melarikan diri.

Tambah Inspektor Chandra, pihak polis telah menerima maklumat mengenai keberadaan suspek yang hendak melarikan diri ke Pulau Bangka.

Supek telah berjaya ditangkap dan barang bukti seperti t-shirt, seluar pendek dan satu selipar mangsa telah dirampas oleh pihak polis.

Mengenai senjata api, kami masih menyiasat, tetapi apabila menjalankan siasatan di tempat kejadian dan menggeledah rumah pelaku, kami menemui bungkusan senjata api.

Disebabkan kejadian itu, suspek berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×