

Di Baghdad, Iraq, seorang lelaki pempengaruh telah menjadi mangsa homofobia dan ditembak sehingga mati menggunakan senjata api.
Artikel Berkaitan: Remaja 15 Tahun Senyum Sinis Selepas Tembak Dua Orang Awam Hingga Maut
Dituduh transgender

Memetik laporan Wolipop, seorang lelaki yang dikenali sebagai Noor Alsaffar sering memuat naik video di TikTok dengan memakai pakaian dan bersolek seperti wanita tulen.
Lelaki yang berusia 23 tahun itu, pernah membuat pendedahan bahawa dia menerima ancaman dan dituduh sebagai transgender. Namun, Noor menegaskan bahawa dia dilahirkan sebagai seorang lelaki dan bukan seorang transgender.
Saya bukan transgender dan saya bukan gay. Saya juga tidak mempunyai kecenderungan lain. Saya hanya seorang cross-dresser dan model.
Susulan itu, mangsa telah ditembak oleh seorang lelaki bersenjata yang menunggang motosikal dan melepaskan tiga peluru mengenai leher serta perut menyebabkan mangsa maut serta merta.
Sekadar info, Iraq ialah negara islam yang menentang keras terhadap pengaruh transgender.
Sumber: Wolipop






![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)