berita

Lelaki Lengkap Dengan Pakaian Payung Terjun Maut Selepas Mendarat

October 9th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang lelaki maut selepas mendarat di halaman sebuah rumah.

Artikel Berkaitan: Usia Bukan Penghalang! Nenek 104 Tahun Pecah Rekod Dunia, Tak Takut Buat Terjunan Udara

Artikel Berkaitan: Gagal Kawal Keadaan, Penerjun Udara Maut Ketika Buat Persembahan

Artikel Berkaitan: Payung Terjun Gagal Terbuka, Gadis Cantik Maut Terjatuh Dari Ketinggian 1000 Meter

Memakai peralatan lengkap

Menerusi laporan New York Post, mangsa ditemui lengkap dengan pakaian peralatan payung terjun di halaman rumah di bandar pantai Titusville, Orlando. Menurut Detektif Polis Titusville, mangsa disahkan meningggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa mendarat di halaman rumah berdekatan dengan Arthur Dunn Airpark iaitu sebuah lapangan awam di mana terdapat beberapa pusat terjun udara.

Detektif Polis Titusville percaya mangsa melakukan aktiviti terjunan udara itu seorang diri tetapi tidak mengeluarkan sebarang maklumat lanjut. Tambahnya lagi, kes ini masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, Anggota Penyelamat Bomba Daerah Brevard turut berada di tempat kejadian.

Sumber: New York Post

SKIP THIS AD ×