berita

Lelaki Maut Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 3 Suria KLCC

April 21st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di media sosial tular sekeping foto di mana seorang lelaki ditemui maut setelah terjun dari tingkat tiga pusat membeli-belah Suria KLCC.

Dalam siasatan pihak polis

Foto: Astro Awani

Lapor Astro Awani, menerusi kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 1.52 petang tadi.

Pihak polis Dang Wangi terima panggilan jam 1.52 petang, memaklumkan seorang lelaki telah terjun dari tingkat tiga di Suria KLCC. Siasatan masih dijalankan.

Bagaimanapun, sehingga kini pihak polis masih menyiasat insiden tersebut dan meneliti rakaman litar kamera tertutup (CCTV). Jelas salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian, mangsa ketika itu dipercayai telah terjatuh daripada bangunan berkenaan.

Namun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh pusat membeli-belah itu.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×