Seorang lelaki mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal serta merogol anak kandungnya sendiri sehingga hamil tujuh bulan.
Artikel Berkaitan: Lama Jadi Duda, Ayah Tergamak Rogol Anak Atas Dasar Cinta & Anggap Sebagai Kekasih
Sejak tahun 2020
Memetik laporan Harian Metro, tertuduh yang berusia 41 tahun itu yang berdepan dengan apan pertuduhan termasuk satu kes amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya berusia 15 tahun sejak 2020.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang bekerja kampung didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah rumah di Semerah, Muar pada tahun 2020 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan juga sebatan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Lelaki berkenaan juga didakwa didakwa merogol anak kandungnya itu sejak Oktober 2020 sehingga 5 Jun lalu di lokasi yang sama bagi pertuduhan kedua hingga kelapan.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh yang didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan boleh berdepan dengan hukuman dipenjara sehingga 30 tahun dan juga 10 sebatan.
Dalam pada itu, tertuduh difahamkan melakukan kesemua tuduhan tersebut ketika ketiadaan ahli keluarganya di rumah namun hanya terbongkar selepas satu sesi pemeriksaan kesihatan yang dijalankan di sekolah manga mendapat terdapat perubahan fizikal pada tubuh badan si mangsa.
Mangsa yang awalnya tidak mengetahui dirinya mengandung kemudiannya membuat laporan polis terhadap bapanya.
Sumber: Harian Metro