berita

Lelaki Mengaku Kerat Kawan Kepada 6 Bahagian – ‘Tak Larat Nak Angkat & Beg Plastik Tak Muat Isi Mayat’

May 31st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki di Indonesia ditahan polis selepas disyaki membunuh dan mengerat badan rakannya kepada enam bahagian dipercayai kerana dendam.

Kerat mayat kawan

Suspek iaitu Suyono telah membunuh mangsa, Rohmadi dengan cara memukul kepalanya menggunakan paip besi sebanyak tiga kali sehingga mati. Selepas itu, suspek bertindak mengerat mayat mangsa kepada enam bahagian sebelum memasukkan ke dalam empat beg plastik dan membuangnya ke beberapa tempat bagi menghapuskan bukti.

Saya sebenarnya mahu membunuh sahaja dan tak terfikir nak kerat mayat tetapi disebabkan saiz plastik hanya 1 meter, jadi saya terpaksa kerat mayat sebab tak muat. Saya tak mampu nak memikul mayat itu, beg plastik pula tak cukup luas dan besar.

Ketika itu, saya sendiri menggeletar ketakutan kerana belum pernah melakukan hal seperti ini. Mayatnya dibuang ke tiga tempat bagi menghilangkan jejak.

Difahamkan, pembunuhan itu berlaku di sebuah kedai perabot dan sehari sebelum kejadian, suspek sudah pun menyediakan paip besi sepanjang 70 sentimeter termasuklah menyediakan beg plastik besar yang digunakan di dobi untuk membungkus mayat mangsa.

Polis turut mengesahkan suspek melakukan pembunuhan itu seorang diri tanpa bantuan mana-mana pihak. Beberapa barangan bukti seperti motosikal milak mangsa, paip besi, pisau pemotong daging, helmet berwarna hitam dan pakaian milik pengadu turut ditemui.

Suspek kini berdepan dengan hukuman mati jika disabitkan bersalah. Punca dan motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis.

Sumber: Tribunnews, Kompas

SKIP THIS AD ×