berita

Lelaki Nekad Bakar Motosikal Sebab Cemburu Bekas Isteri Ada Kekasih Baru

July 8th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Harian Metro

Gara-gara cemburu terhadap bekas isteri, tiga orang lelaki disyaki nekad memulakan kebakaran yang mengakibatkan 34 buah motosikal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Bukit Jalil hangus terbakar.

34 motosikal hangus terbakar

Foto: Kosmo

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, kejadian tersebut dipercayai berpunca kerana salah seorang suspek cemburu terhadap hubungan bekas isteri dengan salah seorang pemilik motosikal terbabit. Pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menahan ketiga-tiga suspek yang berusia antara 31 hingga 43 tahun.

Semakan mendapati kesemua suspek memiliki beberapa rekod lampau berkaitan kes jenayah dan kes dadah.

Menurut sumber, tindakan membakar salah sebuah motosikal itu menyebabkan 34 buah motosikal pelbagai jenis yang diparkir di kawasan tersebut turut hangus terbakar. Susulan daripada itu, kesemua suspek direman selama enam hari bermula Khamis untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhamad Firdaus Eber di talian 014-3649458, Hotline Polis Cheras 03-92845050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Kosmo, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×