berita

Lelaki Pedofil Cabul 200 Kanak-Kanak Di Malaysia Akhirnya Mati Ditikam Dalam Penjara

October 15th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Seorang penjenayah pedofil warga Britain yang sedang menjalani hukuman penjara ditemui ditikam dan meninggal dunia di dalam selnya sendiri di East Yorkshire, England.

Mangsa yang berusia 33 tahun ini menjalani hukuman penjara kerana kesalahannya melakukan pencabulan dan gangguan seksual terhadap ratusan kanak-kanak di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

Cabul 200 kanak-kanak di Malaysia dan Kemboja

Menerusi The Sun, Jurucakap Perkhidmatan Penjara, mangsa yang bernama Richard Huckle ini sedang menjalani 22 hukuman penjara yang melibatkan kes pencabulan ke atas lebih 200 kanak-kanak di Malaysia dan Kemboja.

Huckle dipercayai ditikam hingga mati oleh pisau buatan sendiri. Walau bagaimanapun, pihak polis masih belum mengenal pasti senjata tajam yang digunakan. Tetapi, seorang banduan telah ditahan oleh pihak polis dalam siasatan kes pembunuhan tersebut.

20, 000 gambar dan video penderaan seksual

Susulan itu, Independent Uk turut melaporkan, Huckle dikatakan pernah menjadi jurugambar bebas semasa berada di Kuala Lumpur ketika usianya 19 tahun. Selain itu, mangsa juga didakwa pernah menjadi seorang guru Bahasa Inggeris dan sukarelawan Kristian.

Dalam tempoh tersebut, mangsa telah menyalahgunakan kanak-kanak dari umur 6 bulan hingga 12 tahun dalam tempoh 9 tahun antara tahun 2006 dan 2014.

Lebih 20,000 gambar dan video Huckle melakukan serangan seksual terhadap mangsa kanak-kanak turut ditemui oleh pasukan penyiasat di dalam komputer ribanya semasa di lapangan Terbang Gatwick, Australia pada tahun 2014.

Sebagai sumber pendapatan

Video  dan gambar-gambar lucah tersebut dipercayai digunakan sebagai sumber pendapatannya di laman web tersembunyi atau dark web. Dia kemudian mengumpul 60 muka surat manual ‘Pedofilia dan Kemiskinan: Panduan Cinta Kanak-Kanak’, menerangkan bagaimana cara untuk memilih mangsa dan cara mengelakkan pengesanan. Dia berkeinginan untuk mewujudkan ‘Panduan Wiki Pedo’.

Selepas mengaku bersalah di Old Bailey kepada 71 kesalahan seksual termasuk merogol berganda. Dia kemudian menulis surat kepada mahkamah dan menyalahkan tentang kematangan dalam dirinya serta ‘nafsu jahat telah menarik dirinya ke jalan yang gelap’.

Sumber: The Sun, Independent Uk

SKIP THIS AD ×