Demi memberi pengajaran hidup, seorang lelaki dari Belgium memalsukan kematian dan hadir pada majlis pengebumiannya.
Artikel Berkaitan: Nak Hidup Tenang Dengan Skandal, Isteri Bongkar Suami Sengaja Palsukan Kematian?
Artikel Berkaitan: Isteri Toki Kesal, Berita Palsu Kematian Suami Tersebar
Menaiki helikopter
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan Metro News, seorang ayah yang dikenali sebagai David Baerten telah mengambil keputusan untuk melakukan ‘prank’ yang dilabel ‘gurauan kejam’ terhadap keluarganya.
Difahamkan, ‘prank’ tersebut bertujuan untuk melihat reaksi keluarganya terhadap kematian tersebut.
Anak perempuan Bearten turut bersama menjayakan ‘prank’ tersebut dengan memuat naik penghormatan palsu di media sosial buat ayahnya.
Apa yang lebih menarik apabila lelaki berusia 45 tahun itu hadir ke majlis pengebumiannya dengan menaiki helikopter bersama kru-kru yang terlibat.
Apa yang saya nampak dalam keluarga sering kali menyakiti saya. Saya tidak pernah dapat apa-apa jemputan.
Kami semua semakin terpisah. Seakan saya tidak dihargai.
Walaupun ‘prank’ tersebut menerima kecaman hebat dari pengguna media sosial namun, niat Bearten hanya untuk mengajar keluarganya menghargai kewujudan seseorang sebelum mereka pergi buat selamanya.
Sumber: Metro News