berita

Lelaki Tak Ambil Vaksin Sebab Nak Rasa Sendiri ‘Pengalaman’ Dijangkiti Covid-19, Rawat Guna Kaedah Alternatif

August 12th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Kesedaran tentang kepentingan mengambil vaksin ketika dunia dilanda wabak nampaknya perlu dipertingkat lagi. Mana tidaknya, masih ada individu yang menolak vaksin dengan memberikan pelbagai alasan.

Di media sosial tular video seorang lelaki yang mengambil keputusan tidak mengambil vaksin kerana mahu menjalankan ‘kajian’ terhadap dirinya.

Saya ni antivaksin ke?

Sekadar gambar hiasan

Menerusi video yang dikongsi, lelaki ini diajukan soalan adakah dia seorang antivaksin atau pun sebaliknya. Ujar lelaki ini, dia bukan antivaksin seperti mana dakwaan sesetengah pihak dan menjelaskan ahli keluarganya yang lain sudah pun mengambil vaksin.

Ada sahabat kita dia tanya saya ni antivaksin ke? Tak, saya bukan antivaksin sebab anak-anak saya semua vaksin. Mak ayah saya pun vaksin adik beradik saya pun vaksin. Keluarga mentua pun vaksin juga. Habis tu kenapa saya menolak vaksin?

Berbicara lebih lanjut, lelaki ini menceritakan dia sama sekali tidak menolak vaksin cuma mahu membuat pemerhatian kepada dirinya jika terkena virus Covid-19. Pada masa yang sama, dia turut menceritakan jika dia dijangkiti Covid-19 dia mahu menggunakan rawatan alternatif kepada dirinya.

Tak saya tak tolak, cuma saya nak buat pemerhatian kepada diri saya sendiri. Sekiranya saya terkena Covid-19 jadi saya boleh rasa macam mana sakit kena Covid dan saya boleh mengaplikasikan rawatan alternatif kepada diri saya.

Sekiranya kalau keluarga saya terkena Covid, walaupun sudah divaksin saya nak tengok keberangkalian jangkitan terhadap diri saya sekiranya saya tidak divaksin.

Di hujung video tersebut, lelaki ini mendoakan supaya segala urusan orang ramai dipermudahkan dan pada masa yang sama turut meluahkan rasa sayang kepada ahli keluarganya dan orang ramai.

Sebab apa kita lihat, semakin ramai vaksin semakin tinggi kes dan semakin ramai orang yang mati jadi ini bukan perkara yang main-main.

Sumber: Media sosial

SKIP THIS AD ×