berita

Lelaki Terjun Dalam Longkang Selamatkan Wanita Dihanyutkan Air Deras Raih Pujian Netizen – ‘Saya Tak Fikir Panjang, Terus Terjun’

January 8th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Seorang lelaki meraih pujian wargamaya di media sosial apabila videonya menyelamatkan seorang wanita yang sedang dihanyutkan air deras tular di aplikasi X.

Artikel Berkaitan: Tindakan Lelaki Kurang Upaya Ini Turun Ke Tebing Longkang Selamatkan Kucing Dipuji Netizen

Tak fikir dua kali terus terjun

Memetik laporan Harian Metro, lelaki yang dikenali sebagai Choo Ngiam Choong itu memaklumkan bahawa pada awalnya dia sedang dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Mawai sebelum melihat seorang rakannya yang memandu menghentikan kenderaan.

Menurut Choo yang bekerja sebagai seorang kontraktor itu, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati terdapat sebuah kereta serta seorang wanita dihanyutkan arus deras longkang berkenaan.

Saya tidak berfikir panjang untuk terjun menyelamatkan wanita itu ketika melihat mereka dihanyutkan air deras (longkang).

Seorang lagi wanita (rakan mangsa) sempat menyelamatkan diri manakala wanita itu hanyut dan boleh lemas.

Saya terus terjun ke dalam longkang mencapai wanita itu dan beberapa rakan dan orang awam di situ juga membantu.

Saya gembira dapat menyelamatkan wanita itu dalam tempoh kurang lima saat bagi mengelakkannya ditimpa kejadian tidak diingini.

Dalam pada itu, lelaki yang di dalam lingkungan 50-an itu meluahkan rasa syukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan ketika membantu wanita berkenaan.

Saya memang pandai berenang. Saya bersyukur memiliki stamina yang bagus untuk membantu mangsa itu.

Wang ringgit masih boleh dicari namun sekiranya nyawa melayang, tiada galang gantinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora memaklumkan hasil siasatan dibuat pihaknya mendapati kereta dinaiki kedua-dua wanita berusia 37 dan 43 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang sebelah kanan menghala ke Kota Tinggi.

Terdahulu, tularnya video memaparkan Choo menyelamatkan seorang wanita yang dihanyutkan arus deras bersama sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna kelabu di dalam longkang.

Video tersebut meraih perhatian wargamaya yang memuji tindakan Choo selepas dilihat terus terjun ke dalam longkang bagi memberikan bantuan terhadap wanita tersebut tanpa berfikir panjang.

Komen netizen

Sumber: Harian Metro, Aplikasi X 

SKIP THIS AD ×