berita

Berang Dipaksa Ceraikan Isteri, Lelaki Tergamak Rogol Ibu Mentua Sebelum Bunuh

September 22nd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Lelaki Rogol & Bunuh Ibu Mentua

Hanya kerana tidak berpuas hati dengan permintaan ibu mentuanya, seorang lelaki tergamak merogol sebelum membunuh ibu mentuanya di Sumatera Utara Indonesia.

Artikel Berkaitan: Letak Kadar Faedah Tinggi, Lelaki Nekad Bunuh Ibu Kawan Sendiri

Minta ceraikan isteri

Lelaki Rogol & Bunuh Ibu Mentua

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Tribune News, tertuduh yang dikenali sebagai Syah Munir, 45, melakukan perbuatan terkutuk tersebut ke atas wanita yang berusia 52 tahun itu kerana tidak berpuas hati dengan permintaan mangsa yang memintanya untuk menceraikan isterinya.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Batubara, AKP Ellysa Simaremare, isteri suspek difahamkan sedang bekerja di Malaysia ketika kejadian.

Suspek memukul dan mencekik sebelum menyeret ke dalam biliknya dan dirogol.

Selepas melakukan perbuatan kejam itu, suspek mencuri barang kemas, motosikal serta telefon bimbit mangsa.

Hasil siasatan kami mendapati motif tindakan tersebut adalah kerana sakit hati dan dendam selepas mangsa memaksa suspek menceraikan anak perempuannya kerana terlalu lama menganggur dan enggan bekerja.

Tambah Ellysa lagi, suspek yang melarikan diri kemudiannya berjaya ditemui pihak polis sebelum ditembak di bahagian kaki kerana cuba untuk melawan anggota polis yang ingin melakukan tangkapan.

Suspek yang mempunyai rekod jenayah membunuh sejak beberapa tahun yang lalu bakal berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun jika disabitkan kesalahan.

Sumber: Tribune News

SKIP THIS AD ×