berita

‘Lelaki Zaman Sekarang Perlu Menitikberatkan Penjagaan Wajah, Bukan Wanita Sahaja’ – Norhaslina Asma

January 17th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Ketua Pegawai Eksekutif produk kecantikan N Three Beauty, Norhaslina Asma Mohd Hashim berpendapat kaum lelaki pada masa kini perlu menitikberatkan tentang penjagaan wajah dan anggota badan.

Artikel Berkaitan: Dah Lama Tak Masuk Office & Lepak Dengan Kawan? Ini Tips Untuk Korang Tampil Lebih Yakin

Penting penjagaan wajah

Ketika ditemui OhBulan!, Norhaslina berkata dengan menjaga kecantikan wajah dan kebersihan diri, seseorang itu akan tampil lebih yakin selain mudah disenangi orang ramai. Malah, dia akui asas kecantikan bermula daripada kebersihan.

Lelaki zaman sekarang perlu juga menitikberatkan tentang penjagaan wajah dan kebersihan badan, terutama mereka yang bekerja. ‘First impression’ adalah sangat penting untuk seseorang.

Saya juga lihat ramai dalam kalangan kaum lelaki pada zaman kini suka ke hadapan, masuk TV, buat konten di media sosial dan menjadi popular.

Jurang yang sebelum ini jauh juga kita lihat semakin kecil, di mana kecantikkan dan kebersihan sudah menjadi perkara utama buat lelaki. Kerana saya percaya asas menjadi cantik adalah kebersihan.

Justeru, Norhaslina menyarankan baik kaum lelaki mahupun wanita untuk menggunakan rangkaian produk N Three Beauty sebagai pilihan yang tepat untuk mendapatkan kulit yang bersih.

Jadi produk saya ini sangat sesuai untuk lelaki dan perempuan. Sekiranya kalau saya nak cari testimoni atau pempengaruh media sosial, saya tidak akan terhadkan kepada wanita sahaja. Pastikan pilih produk yang tepat seperti N Three Beauty.

Saya juga menyasarkan produk ini menembusi pasaran antarabangsa dan global. Tahun ini semua produk sudah siap sedia dan kami bersedia untuk melakukan pemasaran yang all out agar jenama ini dikenali ramai.

N Three Beauty merupakan jenama produk kecantikan yang terdiri daripada Beauty Soap, Beauty Scrub, Beauty Essence, Cleansing Milk, Moisturizer, Day Cream, Acne Serum, Day Serum dan Night Serum.

Produk yang tepat

Dalam pada itu, Norhaslina berkata, dia mahu membuang persepsi masyarakat terhadap produk tempatan dengan memastikan keluaran N Three Beauty adalah berkualiti tinggi dan sesuai dengan kulit masyarakat Asia.

Cabaran utama adalah persepsi masyarakat, kerana masyarakat telah dipengaruhi dengan persepsi bahawa produk tempatan adalah produk timbang kilo dan tidak berkualiti.

Sebenarnya, ramai yang tidak tahu sebenarnya Malaysia sendiri adalah antara negara pengilang produk kecantikkan yg berkualiti tinggi. Saya ingin melihat N Three Beauty menjadi jenama pilihan dan setanding dengan jenama antarabangsa.

Selain itu juga, saya ingin memastikan pengguna memilih produk yang selamat digunakan tanpa mengabaikan kesihatan diri.

N Three Beauty memastikan setiap produk yang dihasilkan bebas daripada paraben berbahaya dan derivatif haiwan. Itu adalah matlamat untuk mencapai keseimbangan yang baik antara kecantikan, kesihatan dan keselamatan.

SKIP THIS AD ×