berita

Lembu Ditangkap, Berdepan Hukuman Penjara Kerana Bunuh Kanak-Kanak

June 8th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seekor lembu bersama pemiliknya ditangkap pihak berkuasa Sudan Selatan selepas lembu berkenaan membunuh seorang budak lelaki berusia 12 tahun, lapor Daily Star.

Bukan haiwan pertama ditahan

Gambar sekadar hiasan

Semalam, polis menahan lembu jantan itu bersama pemiliknya selepas haiwan itu dituduh menyerang mangsa di sebuah ladang di Lakes, Sudan Selatan. Laporan mendapati serangan lembu tersebut mengakibatkan mangsa mati di tempat kejadian.

Jurucakap polis Sudan Selatan, Mejar Elijah Mabor berkata, ‘suspek’ kini dalam tahanan polis.

Lembu itu ditahan di balai polis Daerah Pusat Rumbek.

Bedah siasat dilakukan sebelum mayat mangsa dihantar ke rumah keluarganya untuk tujuan pengebumian.

Tambah Elijah, kes itu bukan yang pertama melibatkan penahanan haiwan di Sudan Selatan. Malah, bulan lepas seekor kambing jantan ditangkap atas tuduhan membunuh seorang wanita berusia 45 tahun dalam satu serangan ganas.

Minggu lalu, kambing tersebut dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan kerja berat selepas didapati bersalah.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×