berita

Lengan Kanan Cedera, Lelaki Ditembak Di Depan Rumah

December 7th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki dilaporkan cedera di tangan akibat terkena tembakan di hadapan rumahnya di Jalan Limau Kasturi, Klang pagi tadi (Rabu).

Artikel Berkaitan: Bengang Dilarang Beli Set VR, Budak Lelaki Tergamak Tembak Ibu Sendiri

Artikel Berkaitan: Penyampai Radio Terkejut Rumah Ditembak Individu Tak Dikenali

Ditembak ketika mahu pergi kerja

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika mangsa yang berusia 40 tahun hendak ke tempat kerja kira-kira jam 7.15 pagi. Menurut laporan Kosmo!, tembakan itu dilepaskan oleh seorang suspek yang menunggang sebuah motosikal. Dalam kejadian tersebut juga, suspek telah melepaskan tiga das tembakan terhadap mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian lengan kanan. Susulan daripada itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes ini dalam masa terdekat.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×