berita

‘Lenguh Pinggang, Kerap Tukar Posisi Tidur & Susah bernafas’- Derita Sakit Tulang Bengkok

March 14th, 2020 | by Amirul Asraf
Kesihatan & Hidup Aktif

Skoliosis ialah satu kondisi perubatan di mana tulang belakang seseorang itu akan bengkok ke kiri atau ke kanan. Malah, tulang belakang turut akan berputar pada paksi vertikalnya sehingga pesakit akan berdepan dengan pelbagai komplikasi pada kesihatan mereka. Jika kebengkokkan itu sangat ketara sehingga jantung dan paru-paru tertekan oleh tulang rusuk, ini akan menyebabkan kemerosotan fungsi kardiovaskular.

Menerusi Instagram Dr Say Shazril, dia berkongsi kisah di mana adik iparnya, Azira Abas turut menghidap masalah skoliosis tersebut sehingga terpaksa menjalani pembedahan baru-baru ini. Jom baca!

Maksimum boleh berjalan 20 minit

Post ni didedikasikan kepada adik ipar saya Azira Abas yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan tulang belakang 3.3.2020 lepas. Bila saya dan bini datang melawat apabila dia dah stabil dan buat ig story, ramai dm minta bercerita pasal scoliosis (tulang belakang bengkok) yang dihidapinya. Adik ipar saya ni baru lepas habis SPM, umurnya 18 tahun. Kali pertama yang ibu mertua sy Tengku Jamilah sedar tulang belakang anak bongsunya bengkok adalah pada usia 13 tahun. Bila pakai kain sekolah yg di-alter sendiri, ibu mertua saya perasan kain tu senget. Terus mereka pergi berjumpa doktor.

Ape yg dia buat? Kenapa lepas 5 tahun baru nak operate? Lambatnya. Well peeps kami sebagai doktor tak sewenang-wenangnya nak bedah anda kecuali PERLU (INDICATED). Kali pertama detect scoliosis waktu 13 tahun, angle bengkoknya hanyalah berbelas degree. Logik akal takkan berbelas degree bengkok nak bedah dak? Maka dia bermula dengan physio terlebih dahulu bergayut dan beberapa senaman regangan. Tapi kadar pertumbuhan wanita peak pada umur 10-15 tahun maka daripada berbelas degree, angle bengkok meningkat kepada berpuluh degree.

Mesti korang tertanya “ape je beza orang tulang belakang bengkok ni? Nampak sama je macam kita”. Hakikatnya penderitaan yg mereka tanggung amat perit peeps. Seperti adik ipar sy kalau keluar maksimum boleh berjalan 20minit, lepas tu mula sakit belakang. Kalau duduk lama, lenguh pinggang. Kalau tidur, kena kerap tukar posisi sebab pedih bahu. Perasaannya ibarat hidup dalam ketidakselesaan setiap masa, tidakkah sengsara sebegitu?

Belum lagi nak cerita kesukarannya bernafas sebab rangka badan yg dipegang tulang belakang dah herot berot & atas sebab ni kalau dia terkena batuk selsema, berbulan baru elok sebab paru-parunya susah nak clear-kan secretions. Jika korang ada kawan yang menghidap scoliosis tak datang sekolah atau tak hadir bekerja, fahamilah mereka sebab ramai tak tahu kesengsaraan yang mereka hadapi. Nanti saya sambung part 2 soon k peeps?

Pembedahan selama 5 jam

Memandangkan degree angle tulang belakang adik ipar saya kian meningkat kerana tumbesarannya, akhirnya pakar memutuskan yang lebih baik dia dibedah. Sebut perkataan bedah, parents mana tak gugup peeps? Saya dengar prosedur pembedahan meluruskan tulang belakang bengkok pun seriau sebab saraf tunjang dekat dengan tulang belakang. Salah satu komplikasi rare yg mungkin terjadi akibat pembedahan ialah lumpuh. Tak ke scary dengar tu peeps?

Atas sebab ni mak mertua saya membuat keputusan untuk menangguh dulu pembedahan. Pakar faham sebab this is a major operation maka its normal kalau sesiapa pun tolak. Lagipun waktu tu sakit masih boleh ditahan. Maka next step was braces. Macam braces gigi, braces tuk scoliosis ni dipakai pada badan. Diperbuat daripada rigid plastic yg harus dipakai 23 jam sehari ditambah dengan cuaca negara kita yang panas & lembap, saya tengok pun saya rasa lemas dan rimas apatah lagi adik ipar saya yang memakainya.

Tujuan utama braces adalah untuk mengelakkan angle bengkok tu daripada makin teruk tapi kalau ubat yang kena makan 2 kali sehari pun kita boleh tertinggal apetah lagi nak pakai plastic keras ni untuk 23 jam. Follow up demi follow up angle makin teruk dari 30 degree pergi kepada 40 degree dan akhirnya mencecah 58 degree. Masa ni sy tengok adik ipar saya macam cacing kepanasan, setiap 5 minit tukar position, sekejap duduk mengiring pastu bersila pastu meniarap. Tidur malam katanya kerap terjaga samaada lenguh atau susah bernafas. Sekolah berminggu malah berbulan dropped.

Semua ni indicator yang she needs a surgery ASAP. Alhamdullilah pembedahan yg berlangsung selama 5 jam di Hospital Putrajaya pada 3.3.2020 berjalan lancar. Bila sy tanya dia ape perasaan lepas operation jawabnya “besides sakit sikit kat tempat operation, takde dah lenguh2 badan & paling best boleh bernafas dengan puas” sambil senyuman seposen di atas. Alhamdullilah jugak walaupun berbulan tak ke sekolah, keputusan SPM dia baru2 ni TIADA GAGAL, siap ada A! In a nutshell janganlah kita perlekehkan seseorang tu tak kisah dalam apa jua keadaan yg dia berada sebab selagi kita tidak meletakkan diri kita di tempat dia selagi itulah kita takkan faham penderitaan yang dia lalui.

Sumber: Dr Say Shazril

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×