![[VIDEO] ‘Tiada Jalan Mudah Untuk Buang Lemak’ – Isteri Dr Say Tegur Individu Yang Harapkan Tips Istimewa Untuk Kurus](https://asset.ohbulan.com/2025/11/dr-say-6.jpg)
Isteri kepada pempengaruh dan doktor selebriti, Dr Say Shazril iaitu Dr Azura Abas menegaskan tiada jalan pintas untuk mengurangkan berat badan selepas bersalin.
Artikel Berkaitan: Penampilan Dr Say & Isteri Di Hyrox Jadi Perhatian, Netizen Tegur Soal Aurat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kau Buat Cara Kau, Aku Buat Cara Aku’ – Dr Say Tegur Orang ‘Judge’ Ibu Bapa Biar Anak Makan Sendiri
Tiada jalan mudah
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Dr Azura menegur segelintir individu yang mengharapkan tips istimewa daripanya untuk kurus.
Ujarnya, dia hanya mengamalkan gaya hidup sihat bagi mendapatkan tubuh badan yang ideal tanpa sebarang ubat atau minuman tambahan.
Saya perasan semua orang tanya macam mana nak kurangkan berat badan, macam mana nak hilangkan lemak di perut.
Korang dah tahu jawapan dia. Jawapan dia kena buang lemak itu.
Kena kalori defisit, bersenam, pemilihan makanan yang sihat.
Tapi korang berharap saya ada extra tips yang istimewa. Tiada apa-apa rahsia.
Cuma orang-orang sebegini mereka dah tahu jawapan tapi mereka mahu dengar sesuatu yang nak didengari iaitu jalan mudah.
Tiada jalan mudah. Mana yang bagi tips-tips jalan mudah itu, tidak akan berjaya.
Sementara itu, Dr Azura memberi peringatan bahawa disiplin merupakan kunci utama bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat.
Kesimpulannya, kena disiplin dan kesedaran mengenai kesihatan.
Jangan cari penyelesaian yang mudah sebab itu tidak wujud.
Sumber: TikTok @say_shazril








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)