Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona memohon agar orang ramai tidak mengganggu dirinya ketika memandu di jalan raya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Artikel Berkaitan: Leona Dipuji Tawar Gaji RM180 Sehari Untuk Pekerja ‘Part Time’ – ‘Terima Kasih Tunjuk Harga Komitmen’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Leona Serius Mahu Kahwin Tapi Kecewa Dengan Sikap Lelaki – ‘Kalau Tak Dating Macam Mana Saya Nak Jumpa Jodoh?’

Jangan ikut

View on Threads

Kata Leona, beberapa kejadian yang dialaminya membuat dia berasa takut dan tidak selesa.

Menurut Leona, dia menghargai keterujaan orang ramai ketika terserempak dengannya di jalan raya.

Namun, dia menegaskan bahawa tindakan menghampiri kenderaannya ketika memandu adalah tidak wajar serta berbahaya.

Tolong jangan ikut atau kejar saya di jalan raya. Sudah ada beberapa kejadian yang benar-benar membuatkan saya rasa terganggu dan takut.

Tidak mengapa kalau awak kebetulan nampak saya di jalan dan mahu ambil gambar dari jauh, tetapi tidak okay kalau awak cuba memandu sebelah saya, turunkan tingkap dan melambai sambil mengharapkan saya buat perkara yang sama. Saya tidak akan buat begitu!

Sumber: Threads