berita

Lepas Bergelar Arkitek, Andy Mahu Cari Cinta Sejati Pula? Jom Layan ‘Single Terlalu Lama’ Di TV9 Esok

June 22nd, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Saluran pilihan rakyat Malaysia TV9 menerusi slot Diandra kembali dengan drama terbaru iaitu Single Terlalu Lama yang bakal bersiaran bermula 23 Jun ini pada pukul 8.30 malam sehingga 9.30 malam.

Drama ini akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis dan dibarisi pelakon-pelakon hebat antaranya Ungku Ismail, Julia Farhana, Riz Amin, Noorkhiriah, Zila Bakarin, Uchee Fukada, Norman Hakim dan ramai lagi.

Lelaki bekerjaya cari jodoh pilihan hati

Drama Single Terlalu Lama ini akan bersiaran sebanyak 28 episod dan diarahkan oleh Ungku Ismail Aziz. Kalau korang nak tahu, drama ini berkisahkan mengenai seorang pemuda dikenali sebagai Andy yang ‘nekad’ untuk menamatkan zaman bujangnya setelah berjaya bergelar sebagai arkitek yang dikenali ramai.

Walaupun usianya bakal mencecah 40 tahun, perkara tersebut sama sekali tidak menjadi batu penghalang buat dirinya untuk mencari peneman setia sehidup semati. Pada masa yang sama, ibunya juga turut memainkan peranan yang penting dalam mencari jodoh buat anaknya dan sempat mengaturkan beberapa temu janji.

Setelah single terlalu lama, Andy harungi proses pemilihan calon isteri yang penuh pancaroba dengan pelbagai wanita yang berbeza-beza.

Tidak berakhir di situ, ibunya yang memegang watak sebagai Habibah sering kali memberikan tekanan yang hebat kepada anaknya dan menjadikan alasan penyakit darah tinggi yang dihidapinya. Bagaimanapun, aturan tersebut sama sekali tidak membuahkan sebarang hasil dan Andy ketika itu seolah-olah berputus asa dalam mencari wanita idamannya. Fuh bukan senang nak cari jodoh!

Jumpa gadis pilihan hati?

Sehinggalah pada satu hari, ketika Andy menghadiri majis reunion (perjumpaan) sekolah dan berjumpa dengan Jasmine yang sebelum ini merupakan gadis idaman setiap pelajar lelaki semasa belajar. Andy ketika itu, tidak mengambil masa yang panjang sebelum membuat keputusan untuk bertunang dengan Jasmine.

Namun, sepanjang pertunangan tersebut pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh mereka dan apa yang lebih merumitkan apabila Andy mendapat tahu Jasmine menyimpan sebuah rahsia yang sama sekali tidak diketahui olehnya.

Jadi kalau korang nak tahu apa kesudahan drama ini sama ada Andy bakal berkahwin dengan Jasmine atau tidak, dan apa rahsia yang disimpan rapi oleh Jasmine? Jangan lupa saksikan drama Single Terlalu Lama bermula 23 Jun ini setiap hari Isnin hingga Khamis tepat jam 8.30 malam di TV9. Bukan itu sahaja, korang juga boleh tengok secara live streaming menerusi pautan Tonton.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×