berita

Lepas Sambut Hari Lahir, Fazura & Randy Seidman Bercuti Pula

March 7th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

Screen Shot 2014-03-07 at 12.24.11 AM

Seronoknya bergelar seorang artis bukan? Asal ada sahaja kelapangan, sudah pasti ia akan dimanfaatkan dengan percutian ke luar negara.

Artikel Berkaitan: Foto: Pernah Digosip Bercinta, Fazura Sambut Hari Lahir ‘Teman Baik’

Jika sebelum ini Fazura telah mengadakan keraian untuk menyambut ulangtahun Randy Seidman, terkini si pelakon cantik itu juga dikhabarkan telah pergi bercuti bersama jejaka yang dikatakan bercinta dengannya itu.

Fazura Bercuti

Foto yang dimuatnaik semasa sebelum bertolak ke Bali

Percutian yang turut disertai beberapa orang sahabatnya itu dipercayai bertolak ke Bali kira-kira 2 hari lalu dan mereka masih berada di sana sehingga ke hari ini.

Foto-foto yang dimuatnaik menerusi laman Instagram peribadinya itu jelas menunjukkan bahawa Fazura dan sahabat-sahabatnya itu sedang menikmati percutian itu sepuas-puasnya.

Fazura Bercuti 2

Antara foto yang dikongsi oleh Fazura di laman Instagramnya

Malah, Fazura juga berkongsi sebuah video lucu teman-temannya di kolam renang dipercayai di tempat penginapan mereka. Mahu lihat video tersebut? Jom OHBULAN! sediakan khas untuk anda di bawah.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)