
Penyanyi Indonesia, Lesti Kejora tampil membuka mulut mengenai kejadian sebenar membabitkan anaknya yang didakwa ditegur secara kasar oleh pengawal peribadi pelakon, Izara Aishah ketika Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza pada Sabtu lalu.
Artikel Berkaitan: Lesti Kejora Maafkan Rizky Billar Demi Anak
Artikel Berkaitan: Hubungan Semakin Baik, Lesti Kejora Hamil Anak Kedua?
Penjelasan Lesti
View on Threads
Lesti menjelaskan walaupun dia tidak berada di tempat kejadian tetapi dimaklumkan kejadian yang berlaku tidak melibatkan pasukannya seperti yang didakwa aktres tersebut.
Ketika itu, anak saya didukung oleh ahli keluarga saya ketika hendak bergambar bersama Datuk Siti.
Semasa mereka hendak masuk, ada larangan dari salah seorang pengawal keselamatan yang dengan tegas memberi amaran kepada anak saya supaya tidak menyentuh kakak (Izara) kerana mungkin kurang pengetahuan mengenai perkara tersebut.
Ahli keluarga saya terkejut dengan kata-kata tersebut. Saya secara peribadi ingin memohon maaf jika kejadian ini menyebabkan sebarang ketidakselesaan.
Mengulas lebih lanjut, Lesti berkata dia dan individu yang bersamanya pada malam kejadian tidak berniat untuk bersikap biadab atau tidak menghormati mana-mana pihak.
Bahkan, Lesti juga bersyukur ke atas keikhlasan Izara yang menjaga anaknya ketika konsert berlangsung.
Saya sangat bersyukur dan bangga kerana dapat diberikan peluang istimewa oleh Datuk Siti serta seluruh pasukannya untuk menjadi sebahagian daripada konsert yang begitu megah.
Berpeluang membuat persembahan bersama Datuk Siti merupakan salah satu impian terbesar saya dan momen itu sangat bermakna dalam perjalanan karier saya.
Dalam hantaran yang sama, Lesti menerima kejadian tersebut dengan hati terbuka dan berharap dapat mengekalkan hubungan baik bersama Siti Nurhaliza dan keluarganya.
Saya menerimanya dengan hati terbuka sebagai pengajaran untuk terus memperbaiki diri dan menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Saya berharap hubungan baik dan silaturahm dengan Izara, Datuk Siti, keluarga, serta seluruh pasukan sentiasa terjaga.
Semoga kita semua dapat saling memberikan sokongan sesama tersendiri, menghargai dan berkongsi kebahagiaan melalui muzik.
Sekali lagi, terima kasih dan mohon maaf, semoga Allah selalu menjaga hubungan baik kita semua.
Isu mula timbul apabila Izara menerusi hantaran di Threads pada pagi Isnin mendakwa pasukan Lesti bersikap kurang mesra dan memilih individu tertentu untuk bertegur sapa ketika Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza, Sabtu lalu.
Untuk info, Lesti merupakan antara artis jemputan yang membuat persembahan pada Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sumber: Threads







