Semalam, seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita penceraian antara penyampai radio Fizi Ali dan aktres Shakilla Khoriri selepas tiga tahun mereka melayari bahtera rumah tangga bersama.
Artikel Berkaitan: Fizi Ali & Shakilla Khoriri Bercerai, Janji Besarkan Ameena Bersama – ‘Anggaplah Jodoh Kami Sampai Di Sini’
Doa untuk kami bertiga
Terbaru, Shakilla, 32, ada memuat naik sebuah hantaran di Instagram (IG) sehari selepas Fizi berkongsi berita duka itu di platform miliknya.
Biarpun dirinya sedang diuji, Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas doa buat dirinya, Fizi dan anak mereka, Ameena Sofea.
Terima kasih buat doa kalian pada kami bertiga. Keluarga, saudara mara , kawan rapat sampai lah kalian yang saya sendiri tak pernah kenal.
Tapi masih doa yang baik-baik untuk kehidupan akan datang buat kami. Saya hargai sangat.
Lets move on
Dalam pada itu, pelakon drama Adam dan Hawa juga memohon maaf kerana tidak dapat membalas semua kiriman mesej yang dihantar.
Saya minta maaf sebab tak termampu untuk jawab semua. Semoga Allah berkati kita semua dan balik kan doa kalian semula.
Mari teruskan kehidupan. Allah ada jaga Mimi (gelaran Shakilla) dan Ameena. Selalu.
Terdahulu, Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan cahaya mata, Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Instagram @shakillakhoriri