berita

Letto Dedah Pernah Diejek ‘Kampung’ & Dihina ‘Kelas Kedua’ Kerana Bercakap Dialek Jawa

November 2nd, 2023 | by Alia
Kini Trending

letto

Band terkenal Indonesia, Letto mendedahkan mereka pernah digelar dengan kata-kata negatif semasa di awal kemunculan mereka iaitu kira-kira 20 tahun dahulu.

Letto dianggotai oleh Noe (vokalis), Cornel (gitar), Patub (gitar), Widi (keyboard), dan Dhedot (dram).

Artikel Berkaitan: Konsert Malam Bulan Bintang Bawa Siti Nurhaliza, M Nasir, Opick & Sabyan, Tak ‘Goyang’ Bertembung Dengan Blackpink World Tour

Tak peduli dengan hinaan

letto

Ketika ditemui OhBulan!, vokalis Letto iaitu Noe atau nama sebenarnya Sabrang Mowo Damar Panuluh berkata mereka sama sekali tidak menjadikan ejekan tersebut sebagai batu penghalang untuk terus menapak di dalam industri.

Diawal kemunculan Letto, kami berasal dari Yogjakarta yang digelar kelas kedua di Jakarta kerana kami bercakap dalam bahasa Jawa dan ianya dikatakan tidak ‘cool’. Dialek kami sering diejek, dihina dan digelar anak kampung.

Kami iyakan dan kami terima sahaja kerana itu adalah faktanya. Kami tak ada apa pun untuk disorokkan. Jika mereka tidak suka, itu adalah masalah mereka.

Letto berkata demikian di sidang media Konsert Letto 20th Anniversary Live in Kuala Lumpur bertempat di Hotel Furnama, Bukit Bintang pada Rabu.

Dalam pada itu, Noe berkongsi bahawa konsert yang bakal berlangsung nanti akan menampilkan pemuzik gamelan yang akan mengiringi setiap persembahan mereka.

Pada konsert nanti kami membawakan kumpulan Gamelan KiaiKanjeng iaitu seramai 20 orang pemuzik dari Indonesia.

Tentu sahaja ia akan menjadi momen yang manis merayakan karier kami bersama peminat di Malaysia yang banyak menyokong Letto selama kami di dalam industri muzik.

Konsert Letto 20th Anniversary Live in Kuala Lumpur anjuran Qew Comm bakal berlangsung di Zepp KL pada 12 Januari 2024 yang bakal membawakan lagu-lagu popular mereka antaranya Sandaran Hati, Ruang Rindu, Sebelum Cahaya dan banyak lagi.

Bagi peminat-peminat Letto, anda boleh didapatkan tiket dengan melayari ke ticket2u.com.my dengan harga RM159 (Permintaan Hati), RM179 (Ruang Rindu), RM249 (Sebelum Cahaya), RM299 (Senyumanmu), RM 4,000 (VIP Box), dan RM150 (Meet & greet).

SKIP THIS AD ×