berita

Ligat Bantu Mangsa Sampai Redah Banjir, Netizen Risau Tengok Wawa Zainal – ‘Bahaya Kalau Ibu Jari Kaki Tersepak, Terlanggar Atau Tertimpa’

December 26th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Umum tahu, pelakon Wawa Zainal baru sahaja melahirkan anak keempat dan masih dalam tempoh berpantang. Bagaimanapun, usahawan terkenal ini tetap aktif bekerja malah turun padang membantu mangsa banjir di Selangor.

Artikel Berkaitan: Hari Kelapan Pantang Dah Pandu Kereta Sendiri & Masuk Pejabat, Wawa Zainal Undang Makcik Bawang – ‘Kalau Saya Menangis Lagi Sebab Jahitan Masih Tak Okey’

Artikel Berkaitan: ‘Balik Rumah Pantang La Balik’ – Wawa Zainal

Ya Allah sayunya hati

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®? (@w4w4_zainal)

Menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, Wawa, 30, dilihat bertungkus lumus menolong mangsa-mangsa banjir bersama pekerjanya. Dalam video tersebut, Wawa juga ditemani suami tercinta yang juga merupakan pelakon Aeril Zafrel.

Mengenakan pakaian berwarna hitam, Wawa membeli barangan keperluan seperti lampin pakai buang bayi, sejadah, telekung dan bantal di sebuah pasar raya.

Pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin juga meredah kawasan limpahan air semata-mata untuk menghantar barangan kepada mereka yang memerlukan.

Dasyat ni boleh redah air

Biarpun tindakan itu mulia, ‘makcik bawang’ tetap meninggalkan komen berbaur teguran dan bebelan. Rata-rata pengikut mula mengingatkan pelakon drama Cinta Qaseh untuk berpantang sepenuhnya dan tidak terlampau ligat.

@asyikinahmad: Dalam pantang tu tak payah la kot turun padang. Orang faham saja. Walaupun dah anak empat ke 10 ke, dalam keadaan diri ‘kotor’ itu, faham-faham saja. Pergi pula tempat bahaya dan tak bersih dengan ada baby kat rumah.

@ummi_zarazaidazarif: Dalam pantang boleh redah air banjir, dahsyat sangat ni. Memang tak ada sapa boleh ganti ke kerja Wawa tu huhu.

@afizaradamalriana: Wawa. Jaga diri baik-baik. Baru 24 hari pantang, dalaman belum kuat lagi tu.

@acik_qa: Allah elok awak sarung kasut, Wawa. Bahaya kalau ibu jari kaki tersepak, terlanggar atau tertimpa apa-apa. Semoga dalam lindungan selalu.

@ummuaiynul: Ya Allah. Aku pula yang risau dengan Wawa ni, pantang tak habis lagi. Semoga Allah permudahkan urusannya, diberi kesihatan yang baik untuk Wawa. Subhanallah.

Pada 30 November lalu, Wawa selamat melahirkan anak keempat di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor.

Terdahulu, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7 Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.

Sumber: Instagram @w4w4_zainal

SKIP THIS AD ×